Thursday, November 18, 2010

wahh~cayalah USIM..=)


LAMAN WEB USIM TERIMA PENARAFAN LIMA BINTANG


Petaling Jaya, 11 November 2010 – Rangkaian sosial seperti blog, Facebook, Twitter dan Wikis merupakan saluran media yang semakin mendapat perhatian rakyat pada masa kini.


Justeru itu, Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDec) mengambil inisiatif memberi pengiktirafan dan penarafan bintang kepada portal dan laman web kerajaan dalam Penilaian Portal dan Laman Web 2010 (MGPWA) baru-baru ini.

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah terpilih dari 101 portal dan laman web agensi kerajaan yang menerima penarafan lima bintang daripada Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDec) atas kejayaan memberikan maklumat dalam talian yang informatif dan efektif. Selain USIM, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) turut menerima pengiktirafan tersebut bagi kategori universiti.

Ketua Pegawai Eksekutif MDec, Y.Bhg. Datuk Badlisham Ghazali berkata, media sosial merupakan saluran terbaik bagi kerajaan berkomunikasi dengan rakyat.

“Disamping itu, memberi peluang kepada rakyat untuk berinteraksi dengan kerajaan dalam memberi pendapat dan idea bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan”, katanya semasa berucap di majlis penyampaian anugerah.

Sebanyak 1054 portal dan laman web kerajaan telah di nilai oleh MDec dan sejumlah 101 portal dan laman web terpilih menerima penarafan lima bintang. Antara agensi kerajaan yang menerima penarafan lima bintang adalah Kementerian Penerangan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Perbadanan Putrajaya dan Arkib Negara Malaysia.

Penilaian ini merupakan satu tanda aras terhadap laman web kerajaan dalam menyediakan informasi dalam talian yang berkesan dan terbaik.

Anugerah penarafan lima bintang telah disampaikan oleh Y.Bhg. Datuk Badlisham Ghazali dan USIM diterima sendiri oleh Naib Canselor, Y.Bhg. Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda.

Oleh :
Siti Maizatul Akmar Ismail
Pembantu Wartawan
Unit Komunikasi Korporat
Tel : 06-7988025/8026/8027/8028

Gambar oleh : Kamarull Syamzari Kamaruddin (Tel : 06-7988058)

artikel dipetik dr usim.edu.my

p/s: banggakah anda menjadi warga USIM?? tentu sekali ya! haha..

kan best klu nnt ade berita " THE GIGI STORY terima anugerah blog terbaik"

hehe~

2 comments:

nora said...

alhamdulillah..

lps ni aku xde la tulis USiM dgn huruf 'i' kecik lg.

haa

~cik fitriah~ said...

nora2... jangan2..

hee...

tahniah buat usim n mahasiswa n mahasiswinya...

pasni, THEGIGISTORY lak..he~

PERKENALKAN

Create your own banner at mybannermaker.com!

I made this widget at MyFlashFetish.com.