Sunday, June 17, 2012

Doa agar diberikan kesabaran


Pakar motivasi selalu menyarankan untuk memaafkan orang lain setiap kali sebelum tidur.Ketika itu, kita akan bermuhasabah sepanjang seharian kita diizinkan menghirup udara segar. 24 jam bukanlah tempoh masa yang sekejap, dan sekiranya kita berkomunikasi dengan orang lain dalam tempoh itu, jumlahnya mungkin tidak sedikit. Paling tidak, kita berkomunikasi dengan ahli rumah ataupun rakan-rakan sekuliah.

Daripada jumlah itu, mungkin ada daripada mereka yang membuatkan kita marah, sehingga sukar pula untuk kita memberi maaf. Menyedihkan tatkala kita berupaya meledakkan balasan kemarahan untuk mereka.Lantas kesabaran itu tidak mampu bertahan dalam diri. Apabila bermuhasabah pada malam tersebut, timbul pula rasa bersalah:"Tak sepatutnya aku bertindak macam itu pada dia","kesian pula dia kena marah dengan aku" dan pelbagai lagi penyesalan yang lain.

Lazimkan membaca doa ini untuk menghadapi kehidupan dngan penuh kekuatan dan kesabaran. Semoga Allah memberkati umat-Nya yang sentiasa mahu berusaha menambah baik tahap kesabaran dalam diri.Amin

~GEN-Q,ISU 11~

~nuhassilu biha birridho~

*Rindu Ramadhan*




PERKENALKAN

Create your own banner at mybannermaker.com!

I made this widget at MyFlashFetish.com.