Showing posts with label ^^atinwani;p. Show all posts
Showing posts with label ^^atinwani;p. Show all posts

Sunday, June 17, 2012

Doa agar diberikan kesabaran


Pakar motivasi selalu menyarankan untuk memaafkan orang lain setiap kali sebelum tidur.Ketika itu, kita akan bermuhasabah sepanjang seharian kita diizinkan menghirup udara segar. 24 jam bukanlah tempoh masa yang sekejap, dan sekiranya kita berkomunikasi dengan orang lain dalam tempoh itu, jumlahnya mungkin tidak sedikit. Paling tidak, kita berkomunikasi dengan ahli rumah ataupun rakan-rakan sekuliah.

Daripada jumlah itu, mungkin ada daripada mereka yang membuatkan kita marah, sehingga sukar pula untuk kita memberi maaf. Menyedihkan tatkala kita berupaya meledakkan balasan kemarahan untuk mereka.Lantas kesabaran itu tidak mampu bertahan dalam diri. Apabila bermuhasabah pada malam tersebut, timbul pula rasa bersalah:"Tak sepatutnya aku bertindak macam itu pada dia","kesian pula dia kena marah dengan aku" dan pelbagai lagi penyesalan yang lain.

Lazimkan membaca doa ini untuk menghadapi kehidupan dngan penuh kekuatan dan kesabaran. Semoga Allah memberkati umat-Nya yang sentiasa mahu berusaha menambah baik tahap kesabaran dalam diri.Amin

~GEN-Q,ISU 11~

~nuhassilu biha birridho~

*Rindu Ramadhan*




Friday, August 27, 2010

warna oh kaler!!


salam bertemuan kawan2!!
hurm...first of all...saya nak ajak kawan2 tengok gambar nih...
hm...ape perasaan yang akan timbul bile kawan2 tengok gambar nih??
happy x?
or tension?
gelisah?
marah?
hurm...
tp I believe dat most of u will feel a "bright" feeling~
betol x??
ini senanye terapi ntuk mate dan otak~
dengan warne..boleyh menghasilkan mood yg berbeza2!!
subhanallah!best kan?
hurm..kat alam kite ni byk sgt warne2 mengelilingi kite..
merah..kuning..hijau..biru..pink..coklat..dan macam2 lagilah~
kawan2 mesti ada warne kegemaran tersendiri dan mempunyai suatu perasaan yang sukar nak digambarkan apabila kawan2 tengok warne yang kawan2 suke~
memori kita lebih aktif dan tajam dengan permainan warne dalam benak kite..
sebb tulah ntuk student2 cam kite nih...adalah sangat dicadangkan ntuk menggunakan pelbagai warne dalam membuat nota..peta minda...

ahaa..bukan kanak2 je ye yang pegang pensel warne..hatta saya sendiri pun masih menggunakan pensel warne ntuk membuat nota...
x kesahla same ada pensel warne ke..pen pelbagai kaler ker...magic colour ke..krayon ker..highlighter ker...pape jelah~
saya tau dalam kelas sekarag pun kawan2 gune warne kan??
bagus2!!
warne penyeri hidup kite..cube kawan2 bayangkan kalau idup kite ni itam putih je cam cerite p ramlee...
camner ek agaknye perasaan kite?
same je ke sume??
hurm...
kesimpulannya...
marilah kita bersyukur dengan nikmat 'warna' yang Allah kurniakan kat kite..
hurm..itu saje dari saye..
wallahua'lam..
adios!! =)

#nuhassilu biha birridho..#

Friday, May 14, 2010

rahsia senyum~

Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan ebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormone ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .

Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

Thursday, February 4, 2010

KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA (KPTN) 2010 ZON 4


KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA (KPTN) 2010 ZON 4

USIM akan menjadi tuan rumah bagi program KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA (KPTN)  JOM MASUK U TAHUN 2010 , ZON 4 yang akan berlangsung pada:

Tarikh: 5 – 8  Februari 2010
Bersempena dengan Program KPTN 2010 ini, terdapat 3 aktiviti utama yang akan berlangsung iaitu:

1) Program Pameran KPTN Jom Masuk U 2010
Tarikh    :    6 – 7 Februari 2010 (Sabtu & Ahad)
Masa     :    9.00 am – 6.00 pm
Tempat  :    Stadium Tertutup Nilai
(Orang ramai dijemput hadir)

2) Program Taklimat Pelajar
Tarikh    :    6 – 7 Februari 2010 (Sabtu & Ahad)
Masa     :    10.30 am – 5.00 pm
Tempat    :    Dewan Kuliah Pusat 1-4, Dewan Kuliah FPQS

3) Program Forum kepada Kaunselor
Tarikh    :    5 – 8 Februari 2010 (Jumaat - Isnin)
Masa     :    8.30 am – 10.30 pm
Tempat    :    Concorde Inn KLIA
SEMUA IPTA, IPTS DAN PELBAGAI AGENSI BERKAITAN AKAN MENGADAKAN PAMERAN UNTUK MEMUDAHKAN PARA PENGUNJUNG MENDAPATKAN MAKLUMAT TERPERINCI MENGENAI PROGRAM PENGAJIAN, TAJAAN & BIASISWA DAN SEBAGAINYA.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Urusetia Bersama KPTN 2010 Zon 4
Bahagian Pengajian Prasiswazah
06 7988329 / 8335 / 8145 / 8103

Tuesday, January 26, 2010

merisik khabar...



bismillahirrahmanirrahim....

adeyh,,,bersawang gak tempat nih..

huhu..papepun..just nak update sesikit jer..

mner taknye..streamyx dah disekat...

penjimatan USIM la katekan...

ntahla..malas nak cakap senanye...coztak tau ape yang berlaku...

tapi memang dok dengar citer yang memang ader prob connection..

so...ader hikmah senanye tuh..

taknak bagi dak2 USIM nih leka sangat..

papepun...

semoga segala usaha kita diberkati Allah

hm..minggu lepas agak banyakla testnye..

minggu nih kureng sket...tp papepun...semua dak2 dent ngah perah tenage ntuk ke fakulti..

kepade kengkawan sume..jangan lupe cabaran Q ntuk kite semua....

n then MUET jangan jadikan penghalang ntuk kite tak berjaye...

minggu depan ada karnival masuk u kat USIM n kat stadium tertutup nilai..

moh2 ke sane...jumpe kami..huhu(bajet popular ar)..

papepun...to all my frenz...marilah kita sama2 berjuang di bumi USIM nih...

ade rezki..InsyaAllah same2 kite ke pandan ek....

k2...tu jer kot..

t ader pluang ..eden update lagi...kengkawan len pun mari ar kite "hias" blog nih dengan

macam2 ilmu dan khabaran dari kite yek...

k..uhibbukum fillah daaiman abada....nuhassilu biha birridho...wassalam....

Wednesday, December 9, 2009

at-10-tion to gigian gurlz!!



assalamualaikumm...

yuhu....ader orang x nih..

cam sunyi sepi jer blog nih..

ehmm....ya ma'syarol syabab..

maila pakat meriahkan roudhah kite nih....

tengok cam sepi jer..mehle reramai bg support...

ehmm....

senanye eden bukannyo nak meghapu banyak bendo...

tp eden nak buek pengumuman jo...

to all gigian gurlz...

moh2la kite join netball match sempena dental sport 26 dis nih...

kecian plop eden tengok c dib g promote mende nih..

cam takde yang respon jew...

udahle gitu...abih kedit die aghini..(huhu~saje nak buek lagi sadis)

ala korang..jomla..just for fun..

bukan nak siyes2 sangat pown...

tyme nasyid n pantun dulu bleyh jer eden tengok sume sporting...

jomla.....kite same2 eratkan ukhuwah kite lagi ngan sukan....

lagipun..dah terlalu banyak lemak dalam badan yang berketul2 kita bina....

coz dah lame tak turun padang...huhu....

so,,jom2..pakat join..biaq gempak...toksahla buat x gheti..eden pun x gheti jugak..

kita just join 4 fun...

mende nih memela bukak ntuk sume..bleyh join tamhidi laen kalo dentistrynye tak cukup...

tp..eden harap2 mohle kite sesame maen....

chayok!!!Sie können es tun,wenn dazu Sie wollen!!

(you can do it if you want to!!)

harap2 pas posting eden nih makin ramaila yang nak masuk....

coz td eden ingat ramai nak masuk so copek2la eden bagi namo...

tp pas kwn eden nih ngadu kato takdok respon...

eden decide nak promote d cni...

kalo nak..bg namo kat fitdib tau....

kami menunggu respon anda....

aja2,,figthing!!!!!!!!!!

Tuesday, November 17, 2009

dah sedia???





BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

assalamualaikum kengkawan semua..apa khabar??hmm..cner cuti??

puas ati??

hmm..pejam celik pejam celik..

lebih kurang 2 minggu je lagi kite akan masuk sem2

eh..jangan buat2 lupe pulak..

emm...
macam maner persediaan antum semua yer??

dah sedia nak masuk sem??

dah lunyai ker buku bio tu..hihi..

ana pun baru selak sikit2..

ai..tak saborla pulak rasenye nak masuk kuliah balik...

mner taknye..bosan gak dok rumah ni..sensorang jer..

adik masih kat asrama....

paperpun..

untuk diri ana n juga kengkawan..

marilah kita sama2 persiapkan diri kita fizikal dan mental..

perbetoi niat kita balik...

positifkan minda kita....

bina semangat dalam diri...

kuatkan azam dan tekad...

supaya kita mampu hadapi apa jua ujian yang bakal menjelang kelak..

seiring itu..jangan lupa..

hubungan dengan Allah..hubungan dengan manusia..

banyakkan ibadah2 cuti2 nih...

dekatkan diri kita dengan tuhan setiap masa..

kerana usaha milik kita...

natijahnya milik Allah yang esa..

n 4 da coming result 4 sem 1....

bersedialah ntuk hadapi sebarang kemungkinan...

banyak2kan doa..usaha tuh masih boleyh..sesungguhnya Allah tuh tau apa yg terbaik ntuk hambanya...

sentiasalah bersangka baik ngan Allah k...

marilah sama2 kita mendoakan sesama kita...agar kejayaan dapat dikecapi bersama...

sesungguhnya beserta kesusahan ada kesenangan..

em...bina semangat n azam baru ea...

kengkawan sume semangat tak nih??

come on!!!

Sie konnen es tun,wenn dazu Sie Wollen!!!!

huhu..k lah..nak tido dah nih..nuhassilu biha birridho....wassalam..

Wednesday, November 11, 2009

PERHATIAN..ATTENTION!!!


hehe.. assalamualaikum.. sajer jer nak buat gempak.. hmm.. di cini.. ana der siket pengumuman.. to all dak2 dentist yang nak jadik author... jangan malu..jangan segan.. antum amat dialu2 kan.. so.. just kirimkan your emel kat emel nih.. shunoguri1991@yahoo.com t ana jemput ea.. bukan aper..ramai sangat yang menulih sebagai admin.. cam tak tau lak saper actually penulisnya.. huuh.. arap ley bagi ASAP... n yang kedua.. ana cam rase nak tukar jer wajah blog nih.. any idea?? or still nak kekalkan rupe asal?? ehmm...tak kesahlah.. paperpun...just komen kat cnih jika ada paper cadangan nak ubah feature..lagu..gambo...warne...glitter..widget... or paperla.. ana nih bukan aper..sementare ade mase nih bleyhla nak buat paper..slagi yang termampu.. hmmm..apepun..komen antum amat2 ana tunggu dan harapkan.. to all da members especially n kepade orang luar pun bleyh2 nak bagi cadangan.. k.. tenkiu2...auf wiedersehen!!!

Saturday, October 24, 2009

satu lagi buku masuk kotak....




assalamualaikum..

rini..satu lagi subjek selesai..

sebelum nih subjek alam..

td subjek hisab pulak..

alamdulillah..n arap2 dapat yang terbaik..

apapun..semuenyer kite serahkan pada yang maha kuase k..

kite dah usaha,,bak kater da'ie saya..uha tuh milik kita..keputusannya or natijahnya milik Allah..

hmm...minggu nih just Isnin n Jumaat jer pekse...

yang parahnye minggu depanlah..straight pekse....
ader lagi 5 subjek lagi..

apepun..semoge kita sama dapat wat yang terbaik..

yang penting..tyme ulangkaji tuh..perbetoi balik niat kita..

kiter blaja nih..bukan sebab nak 4 flat ..bukan sebab nak pekse,,or takut mak marah ker..

tapi SEMATA2 LILLAHITA'ALA...

k kengkawan..all da best..wallahu'LAM..

Wednesday, October 14, 2009

haatifun khossar????



ye kawan2,deknon2,mak enon2, makcik2, pakcik2, datuk2, nenek2,,,

bertemu lagi kita dalam blog..THE GIGI STORY..huhu..

td tyme arab kami maen tepon burok..best..dekat 7 ayat(jumlah mufidah) yang kami kene pas

k
at 7 orang

der 3 kump..1 group laki..2 group pompuan..

nak tau saper menag??tentulah orang yang tulih ni..(walhal ayat pun tak cukup..dek kerane

brangan sangat..ntah sapelah yang jadik first person ntah...huhu)..

p/s:yang atas nih bohong semate..tak menang pun..huhu..

everybody enjoy it..

hmm..k ar..dah ngantuk r..t sambung len ea...wassalam..

kami menang lagi!!!


rahmat ujian...."ai..sedap tol suara kumpulan asnan tuh..leyh wat rakaman nih..saper diorng ea??"

huhu..itulah kami..angkat bakul sesame sendiri ..huhu,,

alhamdulillah..tak sangke just satu hari jew blatih yakni malam 4 perta
ndngan..

sabtu malam lepas..kami masuk pertandingan nasyid..

asalnye cam memain jer..tak sangke btol2 dah datr nmer..

huhu..

perh..sampai kol 3. sete
ngah seyh..

namun,,kekentalan hati kami telah mengiyakan apa yang tidak..iaitu terus berusaha ntuk CG pada malam tersebut..(hehee..)..

walaupun sambutan tak brape meriah..coz ramai yang tak brape maklum tentang malam siswi tuh..

tapi kami still puas hati..coz dah buat ape yang kami nak buat..yaitu memekak kat DKP3 tuh..

asnan??huhu..ramai yan tertany
e2 tyme kami bagi name group tuh...iyelah..mane taknyer..

orang len bagi nmer group bukan men sedap lagi..

tp kami??..aiai..sape yang kate tak sedap tuh..face to face ar...

simple but full of touching..(pekemender r nih)..huhu..

tak pasal2 mc ritu gelar kami kump yang wat farmasi..

maner tak nye..bukan mn aktif kami bergerak,,seiring sejalan bai,,

huhu..alhamdulillah..kami berjaye merangkul hamper yang terbesar..huhu..thanks to our manager..qoo..atas support lokasi latihan kami..

wat bising kat umah di
e..huhu..

moge kami jua dapat "menang" tuk final sem..chayok2!!







solat hajat perdana


kami..

tyme bukak pose

bismillah..alha
mdulliah..sempat lagi nak tulih post seterusnya..
suasane solat hajat

walaupun kekangan nak hadapi peperiksaan..namun..

tak sanggup nak biarkan blog ini trus mati dimamah usia..

huhu..
rajinnye nak pasang tirai

hmm..pade hari khamis lepas..bersamaan 8/10/2009..

telah diadakan majlis solat hajat perdana..

khas ntuk dak2 tamhidi yang bakal menghadapi final sem 1 minggu depan..

majlis nih diadakan di depan pusat tamhidi..aka fakulti sc n tech..

siap pasang khemah lagi..kali ni kami dak2 dent dengan secara hormatnya dilantik menjadi urusetia penempatan..

so, pas klas cikgu Arho dalam kol 5 setengah..
dengan penuh semangatnya kami trus ber'kawat' menuju ke lokasi ntuk 'mengerah' sepenuh tenae..

huhu..terharu tak??
saper nih??cuber teka

alhamdulillah..majlis berjalan ngan lancar..semoga apa yang dilakukan pda mlam tersebut diberkati ilahi..wallahu'alam..

Saturday, October 3, 2009

jamuan raye



assalamualaikum...

alhamdulillah..

apa yang kami rancang td berjalan lancar

rase seronok pown tak habis2 sampai skang

restoran hijas..menu,nasi beriani

sedap ke tak??hmm..mestilah sodap..

sampai tapau 3-4 bungkus(walhal x habis..hehe..)

badan melekit2..huhu..coz dari kampus pas kelas cikgu Arho td..mner ler sempat nak balik camelia..

dak2 laki leyh r..depa sempat gak mandi n tukau baju..

***********

kami masing2 deduduk sambil dengar ucapan ketue kami..muslim..

n da assist mira ...

pastu ganti2la sume yang "dah lame dah" nak wat pengucapan awam..

hehe..mule ngan kuliah maghrib drpd syeikh kiter..saudara syahid..

disusuli ngan syeikhah kiter(memandai jer aku nih)..asma'

tetiba bangun si azim berpantun..

perut die dah meragam mintk makanan lah tuh..huhu..bukan main berbakat lagi budak nih..

perh..sumer terpegun seyh..

boleh jadi pemantun USIM nih..huhu..

***************

abih makan..ada sorang budak tu maugek bg maugek nak wat ucapan..hehe

tengok cam mamak kedai nak halau jer kami coz lepak lelamer sangat

so, kami pown cepat2lah endkan majelis formal kmi kat kedai tuh b4 kene halau..hehe

pastuh..kami pun sebuk r ber'posing' sesame kami..

sampai aderlah yang tertinggal bas first yang lalu..dek terlalu asyik la katakan..huhu..

rase cam bahagie jer rini..

masing2 nampak mesre jer..

harap2 kemesraan nih berpanjangan &dapat diteruskan tatkala kaki nih berjaya melangkah ke

FAKULTI PERGIGIAN PANDAN INDAH

hmm..stakat nih jeye..t sambung lagi..nak hias blog nih jap..huhu..

owh..luper lk..t ahad nih kmi semua akan ke pandan indah..

ada program kat cner..

n doakan pantun kami ek...huuhu..mangat nih..

adios;p

PERKENALKAN

Create your own banner at mybannermaker.com!

I made this widget at MyFlashFetish.com.