Sunday, November 7, 2010

let us ponder..



saya benar-benar tersentuh.air mata hampir menitis.kata-katanya singkat, namun padat dan menyentuh.tuan syed bercerita seadanya.perlahan, seakan-akan berbual ringan.
"cuba ceritakan apa keistimewaan ibu tuan syed?"
"semua ibu istimewa"
"tapi saya ingin benar dengar kisah ibu tuan syed.ya, semua ibu istimewa tetapi keistimewaan seorang ibu dengan yang lain pasti tidak sama.apa keistimewaan ibu tuan syed?"

"saya teringat.."
tuan syed mula bercerita,
"satu hari semasa umi sangat uzur dia ingin turun tangga melihat halaman rumah.sakitnya semakin berat.badannya lemah.saya papah umi menuruni tangga.tiba-tiba umi berkata..
"ummi risau kalau ummi meninggal nanti siapa yang akan mendoakan kamu"

saya tersentak.benar-benar tersentuh.jika sayalah di tempat ibu tuan syed itu mungkin kata-kata saya berbeza.mungkin saya akan berkata begini
"kalau ummi meninggal nanti, siapalah di antara anak-anak ummi yang nak doakan ummi.jangan lupa doakan ummi ya?"

tetapi sebaliknya bagi ibu tuan syed di depan saya, dia bimbang kalau tidak dapat 'memberi', manakala saya bimbang kalau tidak dapat 'menerima'.

"apa kesan daripada kata-kata ibu kepada tuan syed?"
"semenjak itu hingga kini, selepas lima tahun kematiannya, saya tidak pernah luput mendoakannya setiap kali selepas solat lima waktu.kata-kata itu sangat terkesan di hati saya"

matanya mula berair.sebak.jiwa saya terpukul.ah, lalainya aku, kekadang lupa juga mendoakan ibu seusai solat lima waktu.

kini setelah hampir sebulan perbualan itu berlalu, hati saya masih sukar memutuskan siapa yang lebih bertuah, tuan syed yang mendapat ibunya yang baik atau ibu tuan syed yang mendapat anak yang baik? tapi hakikatnya, siapa yang menyayangi akan disayangi.siapa yang paling tinggi kasihnya, dialah yang paling banyak memberi.ya, kita akan lebih banyak menerima jika kita memberi bukan untuk menerima!

dipetik dari buku 'nota hati seorang lelaki' written by pahrol mohd juoi terbitan telaga biru

No comments:

PERKENALKAN

Create your own banner at mybannermaker.com!

I made this widget at MyFlashFetish.com.