Hadith nabi yang dikeluarkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah saw telah bersabda:
“Sesungguhnya  Islam bermula dalam keadaan dagang atau asing, ia akan kembali menjadi  dagang seperti mula dahulu. Maka berungtunglah orang yang menjadi dagang”.
Justeru  siapakah orang yang dagang?..Mereka adalah orang yang berbeza dengan  manusia lain. Mereka adalah orang yag berpegang teguh dengan manhaj  Islam yang sebenar ketika ramai manusia yang mengabaikannya. Mereka  adalah orang yang mempertahankan sunnah ketika manusia mengengkarinya.  Mereka adalah orang yang memahami hakikat Islam dan kesederhanaan  dakwahnya ketika manusia jahil tentangnya. Mereka adalah orang yang  beristiqamah di atas jalan ketika manusia menyimpang darinya.
Ketika Rasulullah ditanya: “Siapakah orang yang dagang? Nabi menjawab? Orang-orang yang melakukan kerja pembaikan apabila manusia telah rosak”.
Di dalam  riwayat lain nabi bersabda:
“Orang-orang yang melakukan kerja membaiki apa yang telah dirosakkan manusia selepas ku seperti merosakkan sunnahku”.
Di dalam satu riwayat:
“Manusia  yang solih  sedikit berbanding manusia yang majoritinya buruk. Orang  yang melakukan maksiat lebih ramai daripada orang taat”.  
Saya ingin menambah wahai saudaraku.. sesungguhnya keadaan dagang adalah sifat para nabi dan sunnah para rasul. Adakah anda  pernah mendengar firman Allah swt:
“Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah”. (An-Nahl: 120)
Ertinya  hanya baginda seorang sahaja yang muslim sedangkan semua yang ada di  muka bumi masih kafir. Menurut Ibn Abbas r.a: Supaya orang yang membawa  kebenaran tidak berasa janggal ketika merasa diri mereka berseorangan,  maka umat menjadikannya sebagai contoh  teladan. Firman Allah:
“Maka  tidak lain jawaban kaumnya melainkan mengatakan: "Usirlah Luth beserta  keluarganya dari negerimu; Karena Sesungguhnya mereka itu orang-orang  yang (menda'wakan dirinya) bersih”. (An-Naml: 56)
“Pemuka-pemuka  dan kaum Syu'aib yang menyombongkan dan berkata:  "Sesungguhnya kami akan mengusir kamu Hai Syu'aib dan orang-orang yang  beriman bersamamu dari kota kami, atau kamu kembali kepada agama kami".  Berkata Syu'aib: "Dan apakah (kamu akan mengusir kami), kendatipun kami  tidak menyukainya?" (Al-A’raf: 88)
Dan  nabi Muhammad saw juga berkeadaan dagang semasa berada di Mekah.  Orang-orang kafir berkata seperti yang diungkapkan dalam firman Allah:
“Mengapa ia menjadikan  tuhan-tuhan itu Tuhan yang satu saja? Sesungguhnya Ini benar-benar suatu hal yang sangat mengherankan.”. (Shad: 5)
Lalu  baginda telah berhijrah ke Madinah bersama para sahabatnya. Tentu anda  dapat menyelami makna dagang semasa perjalanan hijrah ini, Ketika itu  kaumnya merancang untuk menangkap dan membunuhnya. Firman Allah swt:
“Dan  (ingatlah), ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan tipu daya  terhadapmu  untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu.  mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. dan  Allah sebaik-baik pembalas tipu daya”. (Al-Anfal: 30)
Di  dalam al-Quran banyak ayat yang membicarakan tentang keadaan  orang-orang beriman yang sedikit. Mereka pada hakikatnya adalah dalam  keadaan dagang. Firman Allah swt:
“kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh; dan amat sedikitlah mereka ini". (Shad: 24)
“dan tidak beriman bersama dengan Nuh itu kecuali sedikit”. (Hud: 40)
“Dan sebahagian besar manusia tidak akan beriman -  walaupun kamu sangat menginginkannya”. (Yusof: 103)
“tapi kebanyakan manusia tidak menyukai kecuali mengingkari (Nya).”. (Al-Isra’: 89)
“dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang berterima kasih”. (Saba’:  13)
“Dan  jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini,  niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah”. (Al-An’am: 116)
“Dan sebahagian besar dari mereka tidak beriman kepada Allah, melainkan dalam keadaan  mempersekutukan Allah (dengan sembahan-sembahan lain).”(Yusof: 106)
Saudaraku  di jalan Allah..janganlah kalian berdukacita kerana keadaan mu yang  dagang semasa bersama kaummu. Ini adalah sunnah Allah kepada para  penggerak perubahan. Justeru percayalah bahwa kalian berada di atas  jalan para nabi dan rasul.
Salah faham dan jawapan
Mereka  mendakwa bahawa selagi keadaan dagang itu berlaku pada zaman yang telah  lenyap nilai-ilai murni, maka beruzlah (memisahkan diri) menjadi wajib  dan dituntut.  
Perkara  yang sebenarnya bukan begitu, kerana menyeru manusia kepada kebaikan  ialah salah satu jalan untuk menghilangkan keadaan yang dagang atau  asing. Ini kerana menambah bilangan orang yang bertakwa dan berpegang  teguh dengan agama akan membuatkan pendokong kebatilan akan menjadi  dagang atau asing pula di tengah-tengah pendokong kebenaran. Inilah yang  sepatutkan dilakukan oleh setiap muslim yang faham.
Dengarlah kepada sabda nabi saw:
“Orang  yang mendekati manusia dan menanggung kesabaran di atas penyiksaan  mereka lebih baik dari orang yang tidak mendekati manusia dan tidak  sanggup menanggung kesabaran di atas penyiksaan mereka”. (Tirmizi)
Jenis dagang
1.      Dagang di muka bumi
Ini  ialah dagang tubuh badan yang merupakan dagang secara fizikal seperti  kita merantau ke suatu tempat yang asing. Ia tidak termasuk dalam topic  yang kita bincangkan.
2.      Dagang kerana agama.
 Inilah  perbincangan kita hari ini. Apa yang saya maksudkan wahai saudaraku  yang dikasihi ialah sebuah hadith nabi saw yang dikeluarkan oleh Imam Bukhari daripada Ibn Umar  r.a:
“Rasulullah  telah memegang dua belah bahuku sambil bersabda: “Jadilah kamu di dunia  ini seolah-olah kamu seorang dagang (asing) atau sebagai seorang yang  melalui satu jalan”. Lalu Ibn Umar  berkata:  “Apabila kamu berada di  waktu petang, janganlah kamu menunggu waktu pagi. Dan jika kamu berada  di waktu pagi, janganlah kamu menunggu waktu petang. Manfaatkanlah  kesihatanmu sebelum sakitmu dan hidupmu sebelum datang kematianmu”.
Inilah keadaan dagang dari segi akhlak pada ketika para penggerak perubahan dihina dan penggerak kerosakan dimuliakan.
Inilah keadaan dagang bagi pendokong Islam yang berada di tengah-tengah pendokong agama lain.
Inilah keadaan dagang bagi kita sebagai pendokong dakwah yang sederhana yang berada di tengah-tengah masyarakat Islam.
Inilah keadaan dagang bagi pendokong sunnah yang berpegang teguh dengannya di tengah-tengah pendokong bidaah dan kesesatan .
Inilah keadaan dagang dari segi akhlak. Bukankah kalian pernah mendengar sabda nabi saw:
“Akan  tiba suatu zaman ke atas manusia yang penuh penipuan. Di mana ia  membenarkan orang yang dusta, mengatakan dusta kepada orang yang benar.  Mengatakan amanah kepada orang yang khianat dan mengatakan khianat  kepada orang yang amanah”. (Ahmad dan Hakim)
Bukankah kalian pernah mendengar sabda nabi saw:
“Akan  tiba suatu masa di mana manusia saling berjanji setia kerana  hampir-hampir tiada seorangpun yang menunaikan amanah sehingga ada yang  berkata: Di dalam keluarga si fulan ada lelaki yang amanah”.  (Muttafaq Alaih)
Saya ingin menambah satu hadith:
“Kiamat  tidak akan berlaku sehingga mereka saling terpegun semasa mereka berada  di jalanan kerana melihat sesuatu sama seperti mereka terpegung kepada  seekor keldai (yang cantik)”.  (Tabrani)
Inilah suasana dagang ketika permulaan Islam dan akan berakhir dengan dagang pada akhir zaman nanti selepas  muncul Isa al-Masih, dan fitnah Dajjal, selepas keluar Ya’juj dan Ma’juj dan Allah utuskan angin yang meragut semua nyawa orang mukmin sehingga tiada lagi muslim yang tinggal.  
Walaubagaimanapun  saya ingin sampaikan berita gembira wahai saudaraku yang dikasihi,  tidak akan berlaku keadaan dagang bagi Islam di muka bumi seluruhnya  sebelum muncul tanda-tanda Kiamat yang besar berdasarkan firman Allah:
“Dia-lah  yang mengutus rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar  agar dia memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang  musyrik membenci”. (As-Shoff: 9)
Rasulullah saw telah bersabda:
“Sentiasa  akan ada sekelompok dari umatku  yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang  musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat  kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya.Mereka tetap  dalam keadaan demikian.” (Ahmad)
Kesudahan orang yang dagang
Kemungkinan  kalian telah mengetahui wahai saudaraku yang dikasihi dan sebagai  seorang dagang bahawa Allah telah menyampaikan berita gembira melalui  lisan nabiNya Muhammad  saw:
“Maka beruntunglah (berbahagialah) orang yang dagang”.
Firman Allah juga:
“Orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik.”. (Ar-Ra’du: 29)
Begitu juga sabda nabi saw:
“Berbahagialah  kerana besarnya pohon di syurga menyamai berjalan selama seratus tahun  dan pakaian ahli syurga keluar dari lengannya”. (Abu Daud dan Tirmizi)
 Apakah jalan untuk memperolehi keuntungan itu?
1.      Berasa  mulialah dengan keadaan dagangmu kerana ia suatu yang terpuji. Benar  ianya terpuji kerana menyamai dagangnya perjuangan para nabi dan rasul.
2.      Menyanggahi  kefahaman yang silap bahawa selagi berada di zaman yang dagang maka  lebih baik  memisahkan diri dari kerosakan. Tidak benar, kerana Islam telah bermula  dalam keadaan dagang atau asing, kemudian masih dagang, kemudian  kembali dagang sekali lagi dan masih dagang untuk kali kedua seperti  yang pertama.
3.      Mencapai kesempurnaan iman dan mengikat hati dengan Allah kerana ianya merupakan akidah dan kefahaman yang benar dan sejahtera.
4.       Dirikan Negara Islam pertama-tama di dalam hatimu dan laksanakan syariat Islam  di dalam keluargamu. Memerintahkan orang lain melaksanakannya adalah  perkara kedua. Oleh yang demikian kalian tidak akan merasa janggal  menjadi dagang dalam keadaan sekarang. Bukankah Allah telah berfirman:
“Wahai  orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan rasul-Nya dan kepada Kitab yang Allah turunkan kepada rasul-Nya”. (An-Nisa’: 136)
5.      Bekerjalah bersama saudaramu di jalan  Allah..kerana bersama mereka dan dengan mereka akan menghilangkan rasa dagang atau asing.  Saya bersaksi dengan keagungan Allah  bahawa semasa saya bersama saudara-saudara saya di jalan Allah maka  saya merasa tenang dan lapang dada..Mereka berada di atas jalan yang  sama denganmu..sama dengan kefahamanmu..sama di atas manhajmu. Kepada  Allah Ibn Qayyim al-Jawziyyah berserah sambil berkata:“Apabila  kami merasa sempir dada, bersangka buruk serta dunia menjadi gelap,  maka kami segera mendapatkannya (iaitu gurunya Syaikhul Islam Ahmad bin  Taimiyah). Tidaklah kami melihatnya, duduk bersamanya dan mendengar  nasihatnya  melainkan kesempitan kami menjadi lapang dan kedukaan kami  menjadi kegembiraan!!” Saya telah merasai makna perkataan-perkataan ini bersama saudara-saudaraku di jalan  Allah kerana bersama mereka dan dengan mereka keadaan dagang menjadi lenyap.
Kesudahan bagi kita ialah pujian hanya bagi Allah. Selawat dan salam ke atas Rasulullah, keluarganya dan sahabatnya.   
 ASSALAMUALAIKUM WR..
ASSALAMUALAIKUM WR.. 

 
    
 
No comments:
Post a Comment