Sunday, June 17, 2012

Doa agar diberikan kesabaran


Pakar motivasi selalu menyarankan untuk memaafkan orang lain setiap kali sebelum tidur.Ketika itu, kita akan bermuhasabah sepanjang seharian kita diizinkan menghirup udara segar. 24 jam bukanlah tempoh masa yang sekejap, dan sekiranya kita berkomunikasi dengan orang lain dalam tempoh itu, jumlahnya mungkin tidak sedikit. Paling tidak, kita berkomunikasi dengan ahli rumah ataupun rakan-rakan sekuliah.

Daripada jumlah itu, mungkin ada daripada mereka yang membuatkan kita marah, sehingga sukar pula untuk kita memberi maaf. Menyedihkan tatkala kita berupaya meledakkan balasan kemarahan untuk mereka.Lantas kesabaran itu tidak mampu bertahan dalam diri. Apabila bermuhasabah pada malam tersebut, timbul pula rasa bersalah:"Tak sepatutnya aku bertindak macam itu pada dia","kesian pula dia kena marah dengan aku" dan pelbagai lagi penyesalan yang lain.

Lazimkan membaca doa ini untuk menghadapi kehidupan dngan penuh kekuatan dan kesabaran. Semoga Allah memberkati umat-Nya yang sentiasa mahu berusaha menambah baik tahap kesabaran dalam diri.Amin

~GEN-Q,ISU 11~

~nuhassilu biha birridho~

*Rindu Ramadhan*




Wednesday, April 4, 2012

sembang take5~


assalamualaikum...



impikan klinik cenggini. walaupun memang kelihatan menakutkan (bagi sesetengah orang) tapi it is great right?


amaran : hanya sembang-sembang.


blog bersama dibiarkan sepi. tunggu dan tunggu dan tunggu, mengharap ada seseorang di kalangan elquatro mengepos (baca: update blog) blog kesayangan yang dalamnya mungkin sudah berdebu putih macam POP dalam prostho lab.

akhirnya, aku mengalah. coretkan sedikit untuk bacaan ringan kalian kala rehat 5minit bagi reward pada diri setelah belajar selama 1 jam tanpa internet.

prostho lab yang memenatkan. lecture note yang makin menebal. waktu berada di kampus semakin panjang (gara-gara perubahan jadual bas laaney).. hari demi hari dilalui, suka duka, tangis tawa (over la pulak!), sedar tak sedar dah nak dekat midsem exam.

tapi persediaan??



.....


...



taknak la cakap pasal exam. sendiri tau la kan.. sama-sama usaha. sama-sama berjuang. insyaAllah. Allah bantu.



prostho.. kadang-kadang buat denture menyeronokkan sampai euphoria ! hiperbola skit. kadang-kadang tension siot. cortisol level melambung. rase nak makan dark chocolate banyak2.. (the darker the better- dr rohi & sir hisham, boleh pulak ayat diorang sama ! promote dark chocolate)

macam-macam ragam kalau dalam prostho lab.

muke berkerut sbb kene redo. muncung sedepa.
muka berkerut sebab tak paham. tengok orang sebelah, angkat-angkat kening. (nonverbal communication diaplikasi sejak dulu lagi ye tuan puan)
muka tension sbb buat bnde yang memang perlu kesabaran.
muke nak nangis sbb dapat gred yang ...(eh, takdekan?)
tapi ade gak yang duk lepak2, tunggu turn guna bekas nak bncuh acrylic. sempat lagi gosipping.. smbang nak makan shushi..he (aku la tu.. bersama kerabat itu.hehe )
dan macam2 lagi la expression muka boleh dilihat kalo dalam lab.

tapi takde aku tilik sorang2. takde keje la aku gamaknye.


hmm. bila la nak siap la ek, a set of full denture kita tu ye kawan2???

mengharap semuanya berjalan lancar seperti perancangan. bersabar atas semua yang kita lakukan. redo ke.. kene api ke.. kene add on ke...

Allah nilai kesungguhan yang kita buat tu :)
mungkin redo yang kita buat tu, mmberi pengajaran kat kita.kita tau mane silap, takde la buat lagi.. :)


oke la. selamat belajar.. selamat menuju kejayaan.. ^^

spread love~

Friday, March 9, 2012

sekadar perkongsian di hari jumaat


Today before you say an unkind word - Think of someone who can't speak.


Before you complain about the taste of your food - Think of someone

who has nothing to eat.


Before you complain about your husband or wife - Think of someone

who's crying out to GOD for a companion.


Today before you complain about life - Think of someone who died

too early on this earth..


Before you complain about your children - Think of someone who

desires children but they're barren.


Before you argue about your dirty house someone didn't clean or

sweep - Think of the people who are living in the streets.


Before whining about the distance you drive-Think of someone who

walks the same distance with their feet.


And when you are tired and complain about your job - Think of the

unemployed, the disabled, and those who wish they had your job.


But before you think of pointing the finger or condemning

another - Remember that not one of us is without sin.


And when depressing thoughts seem to get you down - Put a smile on

your face and think: you're alive and still around. -ALHAMDULILLAH




Sometimes we struggle through a tasteless coffee till the last sip

.. But then we

find sugar lying at the bottom of the cup. That's life..


Sometimes we just have to endure the bitter part of life to finally get to the sweet
part.
We'll never know what Allah has planned for us. Just be grateful with

what you have and be optimistic :)




source:somewhere from FB.

semester 2 telah bermula..dengan sillibus yg lebih mencabar..dan professional exam..
may Allah easier our way..ameen

Monday, February 13, 2012




wish you all, happy holiday

(though it is only a two weeks holiday)

insyaAllah, we'll meet again.

Monday, January 23, 2012

setelah sekian lama~~




p/s:sorry to those who are not in picture.

end-sem exam on 30/1 to 10/2..
good luck to all 4th batch students and not to forget,the seniors n juniors too.

do the best and let Allah do the rest.

fighting!!!!

Wednesday, November 9, 2011

hati yang cedera



Bila jiwa kacau risau tentang masa depan,Bila hati sesak dengan karenah manusia yang tidak memahami,Bila jiwa sukar berlapang dada,Bila hati disempitkan dengan sangkaan buruk terhadap saudara lain,Bila hati sentiasa ingin marah,

Bila hati mula berjinak dengan nafsu yang Allah tidak redha.

Bila akal lupa tujuan asal hidup,Bila diri terasa enak berlingkar dengan maksiat,Bila hati puas melakukan perkara yang tidak berbuah amal,

Bila jasad duduk enak tanpa berbuat ma'aruf.

Bila air mata terlalu sukar untuk dititiskan untuk-Nya,Bila hati mula mengeras,Bila fikiran melayang untuk perkara sia-sia,

Bila hati mula berputus asa terhadap rahmat dan nikmat-Nya.

Bila diri mula meminta yang berlebihan,Bila hati mula meminta untuk yang bukan haq,Bila diri rasa sudah cukup,

Bila lidah terlalu keras untuk mengalunkan zikir.

Bila cemburu terhadap nikmat dan rezeki insan lain,Bila diri berpura baik di hadapan manusia,Bila hati merasa perbuatan dosa sebagai tidak apa,

Bila diri sentiasa mahu dipuji.

Bila hati tidak yakin dengan janji-Nya,Bila diri menyesal dengan setiap taqdir-Nya,Bila hati sentiasa mencari aib dan salah orang lain,

Bila diri sentiasa ingin memuaskan selain dari Allah.

Bila hati merasa bebas dari jagaan Allah,Bila merasa diri milik mutlaq diri sendiri,Bila hati merasa aman melanggar amanah,

Bila merasakan tiada yang lebih penting melainkan diri sendiri.

Bila diri terlalu banyak beralasan,Bila setiap perbuatan tidak terniat untuk Allah,Bila diri mula berasa berat untuk sembah dan sujud kepada-Nya,

Bila telinga lebih enak dilagukan dengan selain ayat-ayat suci-Nya.

Bila mulut lebih senang berbicara tentang dunia dari manisnya syurga,Bila redha manusia lebih dicari daripada redha Allah,Bila merasa cinta manusia lebih asyik daripada cinta Allah,Bila hati tidak rindu untuk bertemu-Nya,Bila hati mula disempitkan dengan dunia,Bila diri sombong tidak mahu meminta kepada-Nya,

Bila setiap akal, jiwa dan jasad terikat dengan dunia.

Hati itu bukan hati aku lagi..

Heal my heart ya Allah..

Bless me with a new heart..




sumber : iluvislam

Sunday, August 28, 2011

10 sen


Assalamualaikum wbt..
Pernahkah terfikir andai kita adalah syiling 10 sen, pasti setiap seminit kita akan update status di FB. Atau tulis dalam diari. Contohnya macam ini,
a) Suatu pagi, setelah sahur tuan saya, Encik XY mengambil saya di dalam kocek seluarnya untuk membeli suratkhabar.
b) Maka, berpindahlah saya ke tangan si mutusamy penjual suratkhabar. Tidak lama kemudian, si mutusamy ini tutup kedai kerana lapar dan pergi makan di kedai mamak.
c) Mutusamy mengorder roti canai dan teh tarik (eh,eh tak malu tak puasa). Maka saya diserahkan kepada pelayan restoran itu.
d) Tidak lama selepas itu, pelayan itu disuruh oleh majikannya untuk pergi ke supermarket untuk membeli barang keperluan yang sudah habis. Maka, saya ditinggalkan di kaunter setelah selesai pembayaran.
e) Tiba-tiba datang seorang budak kecik bersama ayahnya ke kaunter untuk membayar bunga, maka hasil transaksi itu saya pun berpindah ke tangan budak kecil itu dan aku dimasukkan ke dalam kecek baju melayunya. (dalam hati berkata, wah, seronoknya kalau saya dapat bunga itu.hehe)
f) Mereka ke masjid untuk menunaikan solat fardhu.Semasa jemaah sedang rukuk,tiba-tiba aku terjatuh lalu bergolek-golek ke saf hadapan..
g) Usai solat,tanpa bertanya kepada orang lain,aku terus di ambil oleh lelaki di saf hadapan tadi lantas di masukkan ke dalam tabung masjid yang bewarna hijau. Oh, rupanya tuan baru saya ini siak masjid dan rupanya dialah En XY saya pagi tadi.
h) Maka bertemulah aku dengan rakan-rakan syiling ku yang lain.Tak lupa juga saudara wang kertas,ada yang warna merah,hijau dan biru. Sekian catatan saya, En. syiling 10 sen. ^_^
Cuba bayangkan kalau hari raya, pasti lagi panjang perjalanan En. syiling 10 sen itu. Tentu dalam sekelip mata dah habis diari yang ditulisnya dalam sehari.
Oh, sebut hari raya rupanya dah tak lama kita nak sambut Aidulfitri. Eh, jap, jap, jap. Pause sebentar. Backspace, backspace. Macam tertinggal benda ini.
Ya, RAMADHAN belum habis lagi kawan-kawan. Sekarang dah 24 Ramadan. Macam mana persiapan kita nak mengejar LAILATULQADAR? Sehebat persiapan kita mengejar LAILATUL KAMDAR tak agak-agak? Kalau lebih lagi, Alhamdulillah. Kalau tak, malulah kita pada syiling 10sen. En. Syiling 10sen ini Allah jadikan bukan dengan sia-sia, walau hanya nilaiannya pada mata kasar kita cuma 10 sen sahaja.
Tetapi 10 sen itulah yang sangat membantu ketika kita terdesak mahu menelefon ayahbonda saat handphone canggih seperti Iphone kehabisan bateri. Maka, jangan pandang remeh pada makhluk ciptaannya walau sering kita pandang sebelah mata pada En.syiling 10 sen. Nanti dia merajuk baru tahu.
Paling tidak, En.syiling 10sen ini lebih banyak berhijrah dari satu tempat ke satu tempat. Hampir semua tempat dia sudah pergi . Kita bila lagi? Bulan rahmat dan pengampunan ini sudah semakin menghampiri ke penghujungnya. Tidak mahukah kita menyambut tawaran berganda dari Allah atau membiarkannya berlalu pergi?
Yakinkah kita bisa bertemu lagi Ramadan tahun hadapan, atau mungkin inilah Ramadan Terakhir untuk kita? Tepuk dada Tanya iman. Anda mahu memilih yang mana. Yuk! Ketatkan tali pinggang anda untuk menaiki keretapi ekspress 10 malam terakhir Ramadan dengan santapan menu enak bacaan Al Quran, sedeqah, qiamulail, terawih bla, bla,bla.
Last word dari En.Syiling 10 sen,
Kepada semua katak, "flying kick" lah tempurung kamu. Kepada semua mahasiswa, usahlah anda masih lagi leka dengan dunia teorimu. Wahai rakyat rakyat kampung, usahlah berkiblatkan berita berita dari akhbar akhbar yang menipu. Wahai para pencari tuhan, aturlah langkah mu bersama kumpulan Islam. Berhijrahlah kamu sesegera yang boleh. Usah ditangguh lagi perjalanan itu. Malulah anda semua dengan syiling 10 sen yang lebih kerap berhijrah berbanding kamu.

PERKENALKAN

Create your own banner at mybannermaker.com!

I made this widget at MyFlashFetish.com.