Assalamualaikum wbt..
Pernahkah terfikir andai kita adalah syiling 10 sen, pasti setiap seminit kita akan update status di FB. Atau tulis dalam diari. Contohnya macam ini,
a) Suatu pagi, setelah sahur tuan saya, Encik XY mengambil saya di dalam kocek seluarnya untuk membeli suratkhabar.
b) Maka, berpindahlah saya ke tangan si mutusamy penjual suratkhabar. Tidak lama kemudian, si mutusamy ini tutup kedai kerana lapar dan pergi makan di kedai mamak.
c) Mutusamy mengorder roti canai dan teh tarik (eh,eh tak malu tak puasa). Maka saya diserahkan kepada pelayan restoran itu.
d) Tidak lama selepas itu, pelayan itu disuruh oleh majikannya untuk pergi ke supermarket untuk membeli barang keperluan yang sudah habis. Maka, saya ditinggalkan di kaunter setelah selesai pembayaran.
e) Tiba-tiba datang seorang budak kecik bersama ayahnya ke kaunter untuk membayar bunga, maka hasil transaksi itu saya pun berpindah ke tangan budak kecil itu dan aku dimasukkan ke dalam kecek baju melayunya. (dalam hati berkata, wah, seronoknya kalau saya dapat bunga itu.hehe)
f) Mereka ke masjid untuk menunaikan solat fardhu.Semasa jemaah sedang rukuk,tiba-tiba aku terjatuh lalu bergolek-golek ke saf hadapan..
g) Usai solat,tanpa bertanya kepada orang lain,aku terus di ambil oleh lelaki di saf hadapan tadi lantas di masukkan ke dalam tabung masjid yang bewarna hijau. Oh, rupanya tuan baru saya ini siak masjid dan rupanya dialah En XY saya pagi tadi.
h) Maka bertemulah aku dengan rakan-rakan syiling ku yang lain.Tak lupa juga saudara wang kertas,ada yang warna merah,hijau dan biru. Sekian catatan saya, En. syiling 10 sen. ^_^
Cuba bayangkan kalau hari raya, pasti lagi panjang perjalanan En. syiling 10 sen itu. Tentu dalam sekelip mata dah habis diari yang ditulisnya dalam sehari.
Oh, sebut hari raya rupanya dah tak lama kita nak sambut Aidulfitri. Eh, jap, jap, jap. Pause sebentar. Backspace, backspace. Macam tertinggal benda ini.
Ya, RAMADHAN belum habis lagi kawan-kawan. Sekarang dah 24 Ramadan. Macam mana persiapan kita nak mengejar LAILATULQADAR? Sehebat persiapan kita mengejar LAILATUL KAMDAR tak agak-agak? Kalau lebih lagi, Alhamdulillah. Kalau tak, malulah kita pada syiling 10sen. En. Syiling 10sen ini Allah jadikan bukan dengan sia-sia, walau hanya nilaiannya pada mata kasar kita cuma 10 sen sahaja.
Tetapi 10 sen itulah yang sangat membantu ketika kita terdesak mahu menelefon ayahbonda saat handphone canggih seperti Iphone kehabisan bateri. Maka, jangan pandang remeh pada makhluk ciptaannya walau sering kita pandang sebelah mata pada En.syiling 10 sen. Nanti dia merajuk baru tahu.
Paling tidak, En.syiling 10sen ini lebih banyak berhijrah dari satu tempat ke satu tempat. Hampir semua tempat dia sudah pergi . Kita bila lagi? Bulan rahmat dan pengampunan ini sudah semakin menghampiri ke penghujungnya. Tidak mahukah kita menyambut tawaran berganda dari Allah atau membiarkannya berlalu pergi?
Yakinkah kita bisa bertemu lagi Ramadan tahun hadapan, atau mungkin inilah Ramadan Terakhir untuk kita? Tepuk dada Tanya iman. Anda mahu memilih yang mana. Yuk! Ketatkan tali pinggang anda untuk menaiki keretapi ekspress 10 malam terakhir Ramadan dengan santapan menu enak bacaan Al Quran, sedeqah, qiamulail, terawih bla, bla,bla.
Last word dari En.Syiling 10 sen,
Kepada semua katak, "flying kick" lah tempurung kamu. Kepada semua mahasiswa, usahlah anda masih lagi leka dengan dunia teorimu. Wahai rakyat rakyat kampung, usahlah berkiblatkan berita berita dari akhbar akhbar yang menipu. Wahai para pencari tuhan, aturlah langkah mu bersama kumpulan Islam. Berhijrahlah kamu sesegera yang boleh. Usah ditangguh lagi perjalanan itu. Malulah anda semua dengan syiling 10 sen yang lebih kerap berhijrah berbanding kamu.
No comments:
Post a Comment