Tuesday, March 29, 2011

ALAM DAN SYUKUR

SUBHANALLAH..ALHAMDULILLAH..ALLAHUAKBAR...

SUBHANALLAH..ALHAMDULILLAH..ALLAHUAKBAR...

SUBHANALLAH..ALHAMDULILLAH..ALLAHUAKBAR


Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami, adalah orang-orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat (Kami), mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhannya, sedang mereka tidak menyombongkan diri. (As-Sajdah 32:15)

Syukur Nikmat Allah

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Nabi saw bersabda yang maksudnya : "Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripadamu dan jangan melihat kepada orang yang lebih tinggi. Itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu". (Bukhari)

Selaku insan mukmin, kita tidak harus menyalahkan apa sahaja pemberian Allah SWT apalagi menghinanya kerana jika dihitung-hitung nikmat Allah, nescaya kita tidak akan sanggup menghitungnya lagi disebabkan terlampau banyak nikmat tersebut termasuklah pemberian yang tidak kita sedari. Oleh itu jangan kita merasa kesal atau kecewa dengan ciptaan atau pemberian Allah sama ada kita mengalami kecacatan, kekurangan dan sebagainya.

Hal ini kerana jika kita mengeluh terhadap-Nya, padahal kita sedang menikmati rahmat-Nya, itu bermakna kita tamak dan menutup mata atas nikmat yang telah kita miliki selama ini dan hal demikian akan menjerumuskan kita ke lembah kekufuran serta mengundang kemurkaan Allah sehingga tiba suatu masa kelak, Allah SWT akan menarik semula segala nikmat pemberian-Nya itu dan menggantikannya dengan kesusahan. Ketika itulah kita akan menyesal dan celik akan hakikat sebenarnya.

Sesungguhnya sebahagian besar musibah yang menimpa manusia adalah disebabkan oleh keluhan-keluhan mereka terhadap-Nya sedangkan Allah itu Maha Pengasih, Maha Adil dan lemah-lembut terhadap hamba-hamba-Nya. Oleh itu dalam apa juga perkara kita hendaklah bersifat qana'ah dan sentiasa bersyukur di samping berusaha dan bersabar kerana Allah berfirman yang maksudnya: "Boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahui". (Surah al-Baqarah : Ayat 216)

أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُسَبِّحُ لَهُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالطَّيْرُ صَافَّاتٍ كُلٌّ قَدْ عَلِمَ صَلَاتَهُ وَتَسْبِيحَهُ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ
"Tidakkah kamu tahu bahwasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui (cara) sembahyang dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan."(An-Nur 24: Ayat ke 41)

Wednesday, March 2, 2011

WELCOME TO USRAH


ahlan wasahlan wa marhaban bikum.smoga ini dapat memberi manfaat kepada semua dalam pentarbiyyahan.

Rasulullah s.a.w berkata,. “Ballighu anni walau ayaah”.
[sampaikan dariku walau seayat]

Bila sebut usrah, mestilah membawa maksud keluarga.

Apa yang uniknya usrah ni, sehingga mereka yg mcintai agama merasakan hidup tak lengkap tanpa mangadakan usrah?

♥ Usrah merupakan 1 keluarga di mana, di situ kita duduk bersama adik-beradik yang lain membincangkan isu-isu duniawi, ukhrawi di samping bertukar-tukar fikiran. Di situlah juga medan kita meluahkan perasaan dan pada saya seperti satu medan untuk mengecas bateri diri selepas sibuk belajar dan berprogram.

Mereka yang rigid akan menganggap usrah ini adalah medan diskusi ilmiah sahaja. Walhal sebenarnya, usrah tidaklah tertakluk kepada perkara-perkara ini, tetapi ia termasuklah aktiviti riadah dan sebagainya.Usrah boleh dibuat dimana-mana sekali pun termasuk di tepi sungai,taman dan sebagainya untuk mencari kelainan bukan hanya rigid di masjid,kelas pembelajaran ataupun di surau.malah di laman fb ini juga(^_~)

mereka yang mencintai majlis usrah, akan merasakan usrah adalah Tempat melepaskan lelah. Tempat meluahkan segalanya.Sebab usrah merupakan tempat kita bertukar-tukar fikiran dan pendapat di samping kita memdapat ilmu.


RUKUN USRAH
Usrah mempunyai 3 rukun iaitu, taaruf, tafahum dan takaful.
taaruf bererti berkenalan antara satu sama lain ^_^.
tafahum pula saling memahami antara satu sama lain..
selepas kita mengenali sahabat2 kita itu dan memahaminya lantas inshaallah kita dapat saling bantu membantu(takaful)..
mashaallah lengkaplah rukun usrah,inshaallah usrah yg kita lakukan walau hanya terdiri drp 2 orang ahli sahaja mendapat keberkatan malah usrah yg dinaungi para malaikat itu dapat mengeratkan ukhwah islamiyyah antara kita seterusnya menjadikan kita senang dan sayang dengan usrah kita.

apa beza usrah antara majlis ilmu yg lain seperti kuliah,ceramah dan lain2 ???

keistimewaan usrah ini apabila ia turut berbeza dgn majlis ilmu yg lain yg kbanyakn satu hala sahaja,iaitu ahli mendengar naqib berucap.
mashaallah indahnya usrah kerana rukunnya mjadikan kita lebih rapat dan lebih memahami antara satu sama lain(^_^)

inshaallah

Tuesday, March 1, 2011

kaulah lambang cinta sejati...







Saidatina Khadijah: Contohilah Dia Wahai Wanita


Rasulullah SAW bersabda; "Berhati-hatilah kalian daripada godaan dunia, dan waspadailah terhadap wanita, sebab fitnah pertama yang menimpa Bani Israil adalah fitnah wanita" - Hadis Riwayat Muslim


"Tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi seorang lelaki daripada (fitnah) wanita." - Hadis Riwayat Bukhari


Apabila membicarakan tentang fitnah wanita, bukan bermakna wanita itu jahat dan sukakan keburukan.

Tetapi apa yang dimaksudkan ialah keadaan mereka itu mampu menjadikan lelaki lupa daratan dan apabila usaha pencegahan tidak dilakukan, akan berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini.

Ini sudah pasti apabila lelaki yang berkenaan tidak berhati-hati. Bagaikan binatang ternak yang memakan rumput berdekatan dengan padang larangan, adalah mudah bagi binatang itu memasuki kawasan tersebut.


Dan pada hari ini juga, kita dapat lihat wanita-wanita Islam semakin ramai antara mereka yang terhakis akhlaknya seterusnya menghilangkan identiti Muslimah sebenar daripada diri mereka.


Dengan ini, saya ingin mengajak kita semua, tidak kira kaum lelaki dan kaum wanita untuk sama-sama menyelusuri kisah kehidupan seorang wanita yang kehidupannya banyak dijadikan sebagai tulang belakang pendokong seorang lelaki.

Siapakah wanita itu? Semestinya dialah Saidatina Khadijah RA. Isteri tercinta seorang lelaki, Nabi Muhammad SAW.

Mengapa saya ingin bawakan kepada wanita-wanita sekalian akan kisah wanita ini?

Kerana hakikatnya juga, wanita-wanita pada hari ini lebih menjadikan artis-artis sebagai idola dan pujaan hati dalam diri mereka untuk dicontohi.


"Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik dari dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan darinyalah aku mendapatkan keturunan."


Begitulah Rasulullah saw berkata tentang keperibadian Khadijah, isterinya.


Seorang isteri sejati, muslimah yang dengan segenap kemampuan dirinya berkorban demi kejayaan Islam

Siti Khadijah berasal dari keturunan yang terhormat, mempunyai harta kekayaan yang tidak sedikit serta terkenal sebagai wanita yang tegas dan cerdas.


Bukan sekali dua kali pemuka kaum Quraisy cuba untuk mempersunting dirinya.

Tetapi pilihannya justeru, jatuh pada seorang pemuda yang bernama Muhammad, pemuda yang begitu mengenal harga dirinya, yang tidak tergiur oleh kekayaan dan kecantikan yang dimiliki oleh Saidatina Khadijah Khuwailid RA.

Saidatina Khadijah RA merupakan wanita pertama beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

Beliau banyak membantu dan memperteguhkan tekad Rasulullah SAW melaksanakan risalah dakwah.

Beliau sentiasa berusaha meringankan kepedihan hati dan menghilangkan keletihan serta penderitaan yang dialami oleh suaminya dalam menjalankan tugas dakwah.

Inilah keistimewaan dan keutamaan Khadijah dalam sejarah perjuangan Islam.


Beliau adalah sumber kekuatan yang berada di belakang Rasulullah SAW. Adakah ramai wanita-wanita yang bergelar isteri di luar sana mencontohi sebagaimana peribadi Ummul Mukminin ini?

Sanggup bersusah-payah bersama suami meskipun seorang yang kaya-raya... Dan adakah wanita-wanita di luar sana, yang bakal bergelar isteri, sudah bersedia mencontohi peribadi Ummul Mukminin ini?

Apabila ditanya tentang Siti Khadijah RA akan perpisahan Rasulullah SAW atas pemergiannya, Rasulullah SAW menjawab, "Ya! Sesungguhnya Khadijah adalah pentadbir dan suri rumah yang terbaik."

Buat wanita-wanita yang membaca dan berkongsi pandangan bersama, Apakah ada wanita lain yang dapat menyambut sedemikian baik peristiwa bersejarah yang berlaku di Gua Hira seperti yang dilakukan oleh Khadijah kepada suaminya?

Apa yang dikatakan oleh Khadijah kepada suaminya pada saat menghadapi peristiwa besar itu menunjukkan betapa besarnya kepercayaan dan kasih sayang seorang isteri kepada suami yang dilandasi iman yang teguh.

Sedikit pun Khadijah tidak berasa ragu-ragu atau syak di dalam hatinya.


Persoalannya, dapatkah kita jika sebagai suami dan isteri berlaku demikian untuk diri dan tugas masing-masing?

Khadijah berusaha menabahkan hati suami yang ditaatinya dengan berkata, " Wahai kekanda, demi Allah, Tuhan tidak akan mengecewakanmu kerana sesungguhnya kekanda adalah orang yang selalu memupuk dan menjaga kekeluargaan serta sanggup memikul tanggungjawab.

Dirimu dikenali sebagai penolong kaum yang sengsara, sebagai tuan rumah yang menyenangkan tamu, ringan tangan dalam memberi pertolongan, sentiasa berbicara benar dan setia kepada amanah."

Sememangnya, wanita-wanita yang begitu tinggi darjatnya dalam Islam dalam lipatan sejarah suatu masa dahulu semakin dilupakan.

Kesetiaan yang mendorong kegigihan

Mari kita teliti, fahami serta hayati beberapa gambaran kesetiaan Khadijah yang telah membina kekuatan pada diri dan kehidupan penegak risalah Islam itu.

Sepanjang hidupnya bersama Rasulullah SAW, Khadijah begitu setia menyertai baginda dalam setiap peristiwa suka dan duka.

Setiap kali suaminya ke Gua Hira, beliau pasti menyiapkan semua bekalan dan keperluannya. Seandainya Rasulullah SAW agak lama tidak pulang, beliau akan meninjau untuk memastikan keselamatan baginda. Sekiranya baginda khusyuk bermunajat, beliau tinggal di rumah dengan sabar sehingga baginda pulang.

Apabila suaminya mengadu kesusahan serta berada dalam keadaan gelisah, beliau cuba sedaya mungkin mententeram dan menghiburkannya sehingga suaminya benar-benar merasai ketenangan.

Setiap ancaman dan penganiayaan dihadapi bersama.

Malah dalam banyak kegiatan peribadatan Rasulullah SAW, Khadijah pasti bersama dan membantu baginda seperti menyediakan air untuk mengambil wuduk.

Kecintaan Khadijah bukanlah sekadar kecintaan kepada suami, sebaliknya yang jelas adalah berlandaskan keyakinan yang kuat tentang keesaan Allah SWT.

Segala pengorbanan untuk suaminya adalah ikhlas untuk mencari keredaan Allah SWT.

Allah Maha Adil dalam memberi rahmat-Nya.

Setiap amalan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan pasti mendapat ganjaran yang berkekalan.


Firman Allah yang bermaksud:

"Barang siapa yang mengerjakan amalan saleh, baik lelaki mahupun wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan." - An-Nahl: 97


Janji Allah itu pasti benar. Kesan kesetiaan Khadijah bukan sekadar menghasilkan kekuatan yang mendorong kegigihan dan perjuangan Rasulullah SAW, malah membawa barakah yang besar kepada rumah tangga mereka berdua.

Anak-anak yang lahir juga adalah anak-anak yang soleh.

Keturunan zuriat ahlul-bait Rasulullah SAW merupakan insan yang sentiasa taat melaksanakan perintah Allah SWT.

Semua ini menghasilkan kekuatan yang membantu meningkatkan perjuangan Islam.


Wahai lelaki, wanita bagaimanakah yang kamu hajatkan sebagai pasangan hidup, tulang belakang (pendokong) hidupmu dan pembimbing anak-anakmu?


Wahai wanita, suami yang bagaimanakah peribadinya yang kamu inginkan sebagai ketua,pembimbing dirimu dan keluargamu?


Wahai ummah, wanita yang bagaimanakah kita lihat pada hari ini, yang bagaimana kita cari, dan yang bagaimanakah kita puja dan puji?


Moga-moga renungan ini sedikit sebanyak membuka mata buat kaum Hawa dan kaum Adam yang membacanya.

Agar sebagai persediaan buat hari-hari seterusnya.



- Artikel iluvislam.com



Sunday, February 20, 2011

sekadar 1 perkongsian utk diambil pengajaran


Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura ni belajar sama2, kat SAM Bestari. Dah lame2 tu... Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik giler la nak citer. Tapi, Syafiq cuba tahan. Dia x leh luahkan perasaan dia kat Safura sbb nanti takut kena tangkap ngan ajk maksiat. Beberapa tahun berlalu... Akhirnya, bila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah x leh tahan. Dia mengatur langkah... dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walau macam manapun, diorang ni sedar, yang diorang ni orang islam. Islam x bg umatnya couple2 ni. Jd diorg pakt2 la. Diorang ni nak wat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar je, pergi tempat terbuka. X men tmpt glp2 nih. Bukan tu je, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pulak pakai serban ngan jubah. Lepas tu keluar bukan buang masa, keluar bawak Al-Quran. Berhenti kat kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pulak, mane pegang2 tangan, diorang ikut cara nabi Musa. Lelaki kat depan, perempuan kat belakang. Bila balik rumah, miss call pagi2. Suruh qiamullail. Hah! kan islamic punya couple tuh. Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu ngan Muhammad. Masa ni Syafiq ngan Safura tengah tadarrus kat RFC. Muhammad tiba2 datang sebab x de tmpt duduk. Bila dah duduk tu, Muhammad tanya," Have you married?" "No", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kitorang couple, tapi islamic way" jwb Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya... "ak ni muallaf. Asal dulu ak kristian. Tinggal kat singapore. Dulu, ak suka giler makan babi. Klu sehari x mkan, pengsan ak. Pernah sekali mak ak lupa beli babi, ak masuk wad malam tu. Tetapi, alhamdulillah, Allah bukak pintu hati ak untuk terima hidayah-Nya. Bila ak masuk islam, ak dapat tahu, dalam islam x leh makan babi. Aduh, pening kepala ak. Camne ak nak wat ni?? Seminggu ak masuk hospital lepas masuk islam. Klu zaman Rasulullah dulu ade peringkat2 dia. Tapi ak.. mane ada. Jd, time kat hospital tu ak pikir. Akhirnya, ak jumpa satu jalan keluar. Ak nak islamkan babi tu. Ak beli seekor anak babi. Dari kecik ak jaga die. Seekor lalat pun ak x bg dekat. Setiap jam ak mandikan dia. Lepas 3 hari, ak bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lps tu, tiap2 hari ak bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak ak vacuum terus. Camnilah kehidupan ak dan babi tu buat 2 tahun. Lps dua tahun, mase yg ditunggu2 tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok2 babi ni x de leher. Tp, lantaklah. Ak tibai je sebab dah 2 tahun x makan babi ni. Lpas tu, ak pun masak la bakut teh. Tgh2 makan, nampak seorang ustaz tengah jalan2. Muka macam lapar je. Ak pun ajak la dia makan. Ustaz!! jom makan. Babi islam nih"... Bile dgr kisah tu, Syafiq dan Safura pun sedar. Klu benda tu dah haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...
"yang halal itu halal,yang haram itu haram, tiada HALAM dalam Islam"
p/s:just copy paste,so,x taw la npe nme SAM Bestari tu di gunakan..
semoga bermanfaat..(:

Thursday, February 17, 2011




Sesungguhnya fenomena lemah iman adalah suatu fenomena yang sudah merebak dan
tersebar luas di kalangan kaum muslimin.


Terdapat banyak orang yang mengadu akan kekerasan hatinya yang diucapkan
berkali-kali melalui ungkapan-ungkapan seperti:

"Aku merasakan adanya kekerasan di dalam hatiku, aku tidak pernah mendapat
keni'matan dalam beribadah, aku merasakan bahawa iman di dalam hati ini
seakan-akan berada di dalam jurang, aku tidak terpengaruh (terkesan) oleh bacaan
Al-Quran dan mengapa mudah sekali aku terjerumus ke dalam kederhakaan?"

Sesungguhnya penyakit lemah iman itu mempunyai tanda-tandanya, antaranya ialah:

1.Melakukan kederhakaan dan amalan berdosa

Di kalangan orang-orang yang derhaka ada yang melakukan satu amalan kederhakaan
secara terus-menerus dan ada pula yang melakukan berbagai-bagai amalan
kederhakaan.

Jika seseorang itu sering melakukan kederhakaan, maka kederhakaan itu boleh
menjadi kebiasaan yang tidak dapat ditinggalkan. Seterusnya menjadikan hatinya
keras daripada merasai kesan buruk kederhakaan itu. Akhirnya, pelakunya berani
menderhaka secara terang-terangan, sehingga dia termasuk ke dalam golongan yang
disebutkan di dalam hadith ini (yang bermaksud):

"Setiap umatku mendapat perlindungan afiat kecuali orang-orang yang
terang-terangan. Dan, sesungguhnya termasuk perbuatan terang-terangan jika
seseorang melakukan suatu perbuatan pada malam hari, kemudian dia berada pada
pagi hari, padahal Allah telah menutupinya, namun dia berkata, `Hai fulan, malam
tadi aku telah berbuat begini dan begini', padahal Rab-nya telah menutupinya,
namun kemudian dia menyelak sendiri apa yang telah ditutupi Allah pada dirinya."
[Riwayat Bukhari]

2.Merasakan adanya kekerasan dan kekakuan dalam hati.

Kerana adanya perasaan keras dan kaku, menjadikan seseorang merasakan
seakan-akan hatinya telah berubah laksana batu keras yang hampir mustahil diusik
dan dipengaruhi oleh sesuatu apa pun. Allah Subhanahuwta'ala berfirman:

"Kemudian setelah itu, hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras
lagi." [Al-Baqarah: 74]

Orang yang hatinya keras tidak mampu dipengaruhi dengan nasihat tentang
kematian. Tidak pula terpengaruh tatkala dia melihat orang mati atau mayat yang
membujur. Bahkan boleh jadi dia sendiri yang mengangkat mayat itu dan
meletakkannya di liang kubur, tetapi langkah-langkah kakinya di antara sekian
banyak kuburan tidak ubah seperti langkah-langkah kakinya di antara
longgokan-longgokan batu.

3.Tidak tekun dan hilang khusyu' dalam beribadah

Antara tanda lemah iman ialah tidak khusyu' dan hilang tumpuan semasa solah,
membaca Al-Qur'an, berdoa dan lain-lain. Tidak menyemak dan memikirkan
makna-makna doa, sehingga ia membacanya hanya sekadar rutin yang membosankan.
Boleh jadi, oleh kerana doa yang dibacanya hanya terbatas kepada doa-doa
tertentu sahaja, maka ia tidak merasa perlu untuk memikirkan makna-maknanya.
Padahal Allah Subhanahuwata'ala tidak menerima doa yang dibaca ala kadar sahaja,
sebagaimana yang disebut dalam sebuah hadith (yang bermaksud):

"Tidak akan diterima doa dari hati yang lalai dan main-main."
[At-Termizi]

4.Malas melakukan amal taat dan meremehkan ibadah.

Orang yang lemah iman, kalau pun melakukan ibadah, maka ia lakukan sekadar
aktiviti kosong tanpa roh. Allah Subhanahuwata'ala telah mensifati orang-orang
munafik dalam firman-Nya:
"Dan, apabila mereka berdiri untuk solah, mereka berdiri dengan
malas."[An-Nisa': 142]

Termasuk juga dalam kelompok meremehkan ibadah ialah sikap tidak memperdulikan
tanda-tanda kebaikan dan waktu-waktu yang tepat untuk beribadah. Pada masa yang
sama tidak ghairah untuk mendapatkan pahala daripada Allah Subhanahuwata'ala.
Contohnya, menunda-nunda perlaksanaan haji padahal ia mampu, mundur daripada
medan peperangan dan hanya duduk di rumah dan menangguh-nangguh ikut solah
berjamaah.

Orang yang lemah iman sebegini, perasaannya sama sekali tidak tersentuh jika ia
tertidur hingga meninggalkan solah wajib. Begitu juga jika ia ketinggalan
melakukan solah sunat rawatib atau wirid. Ia juga tidak berhasrat untuk menqadha
atau menggantikan apa yang ketinggalan itu. Bahkan boleh jadi ia sengaja
meninggalkan amalan sunat atau fardhu kifayah. Gambaran ini bertentangan dengan
orang-orang yang disifati Allah Subhanahuwata'ala di dalam firman-Nya:

"Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam
(mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan
harap dan cemas. Dan, mereka adalah orang-orang yang khusyu' kepada Kami."
[An-Anbiya': 90]

Bermacam-macam lagi tanda-tanda kemalasan seperti malas dalam melaksanakan
ibadah-ibadah rawatib, solah malam, solah dhuha, solah-solah nafilah dan
melengah-lengahkan usaha datang ke masjid. Hatinya sama sekali tidak terketuk
untuk melakukan semua itu.

5.Dada terasa sesak dan terbelenggu

Orang yang lemah iman akan merasakan seolah-olah wujud beban yang berat
menghimpitnya. Ia cepat menjadi resah dan gelisah kerana suatu masalah yang
remeh dan jauh daripada merasai lapang dalam hatinya. Rasulullah
Sallallahu'alaihiwasallam telah mensifati iman sebagai berikut:

"Iman itu ialah kesabaran dan kelapangan hati."
[As-Silsilah As-Sahihah]


6.Hati tidak tersentuh dengan ayat-ayat Al-Quran

Hati yang lemah tidak akan tersentuh dengan janji, ancaman, perintah, pengisahan
kiamat dan lain-lain di dalam Al-Quran. Orang yang lemah imannya akan menjadi
bosan dan malas untuk mendengar kandungan isi Al-Quran. Ia tidak berusaha untuk
membuka dirinya agar berhubung secara langsung dengan Al-Quran. Sekiranya ia
membuka mushaf, isi kandungannya tidak diperhatikan dan tidak diberikan
perhatian.

7.Lalai daripada mengingati Allah Subhanahuwata'ala sewaktu berzikir dan berdo'a

Berzikir menjadi satu pekerjaan yang berat baginya. Jika ia mengangkat tangannya
untuk berdo'a, maka secepat itu pula ia menelangkupkan tangannya dan menamatkan
doanya. Allah Subhanahuwata'ala telah mensifati orang-orang munafik dalam
firman-Nya:
"Dan, mereka tidak menyebut Allah kecuali hanya sedikit sekali."
[An-Nisa': 142]

8.Tidak merasa tergugah dengan tanggungjawab untuk beramal demi kepentingan
Islam.

Orang yang lemah iman tidak mahu berusaha untuk menyebarkan Islam dan
menolongnya. Keadaan ini sangat jauh berbeza dengan para sahabat Nabi
Sallallahu'alaihiwasallam.

Seorang pemuda, Ibnu Amr Radhiallahu`anhu, terus beranjak melakukan dakwah
kepada kaumnya sebaik sahaja beliau memasuki Islam. Namun majoriti orang-orang
Islam di zaman ini hanya suka duduk senang dan tidak memiliki rasa tangunggjawab
untuk melakukan dakwah meski pun sudah sekian lama menjadi muslim.


Rujukan:

Muhammad Sholih Al-Munajjid, Obat Lemahnya Iman. r

7 sunnah Rasulullah S.A.W


Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.


salam maulidurrasul...

sumber:http://www.rileks.info

Sunday, February 13, 2011

think it again..

Align Center

Hari ini Allah bangkitkan aku dari tdur setelah dimatikan sementara..

Maha Kaya Allah, walaupun tahu kita akan terus beriltizam dengan dosa sepanjang hari, masih lagi berkenan membangkitkan kita.

Kita pula terus seronok melakukan pendurhakaan kepada Allah.

Ya lah, kan maksiat tu benda-benda yang manis. Benda yang selesa dan pleasureable.

Bergaduh, tenung benda-benda maksiat, bercakap kotor, mengumpat, dengar lagu yang mengasyikkan, main game...

Ah! Banyak sangat lah pendurhakaan yang kita plan nak buat hari ni!

Tapi Allah masih lagi nak bagi kita bangun, walaupun kesemuanya dah ada dalam pengetahuan Allah apa yang kita duk rencana seharian.

Dosa demi dosa, kita duk lakukan. Maksiat demi maksiat, kita bergelumang. Pendurhakaan satu persatu, Ah, umur masih panjang!

Hati kecil yang terpercik sedikit keimanan lalu berbisik;

Bertaubatlah!
Ah, Nanti dulu. Tungguh lah esok.


Tinggalkanlah game yang buang masa ni!
Ala, tengah nak menang nih! Lepas settle level nih lah...






Perang dalam jiwa, kita selalu memenangkan siapa?

Itulah apa yang terzahir dengan tindakan kita seharian.


Ya Allah,
Pagi ini aku datang menghadap-Mu lagi
Dengan memikul bergunung dosa-dosa
Ingin merayu keampunan kesalahan yang berulang-ulang
Merinitih atas kelemahan dan kehinaan diri
Ya Allah,
Dengan maksiat-maksiat yang aku lakukan
Dengan kedurhakaan yang tak terkira
Dengan ibadah yang sepele-sepele
NERAKA lah yang paling awla untukku..
Aku malu untuk menyebutkan,
Aku malu nak meminta lagi..
Namun....
Ya Allah, kerana yakin dengan janji-Mu
Aku berada di hadapan-Mu di pagi yang hening ini,
Walaupun MALU
Aku tetap ingin merayu syurga
Walaupun terpaksa menebalkan muka,
Aku tetap ingin merayu keampunan..

Bahkan Ibu-bapaku sendiri pun takkan menerima maaf untuk kedurhakaan yang berulang-ulang,
Tapi aku yakin Ya Allah,
Ghaffar-Mu sentiasa luas..
Untukku


-Aku pencinta Taubat-

PERKENALKAN

Create your own banner at mybannermaker.com!

I made this widget at MyFlashFetish.com.