Thursday, May 19, 2011

..TEMAN..

Teman,

Dengarkan coretanku sebentar. Kukatakan ini kerana aku sayang pada kalian. Sayang sekali. Dan kerana aku takut. Aku takut melihat semua kegilaan ini, yang mengganas dan menyapu bersih.

Habis semuanya. Habis. Tanpa tertinggal seorang pun.

Hanya yang kuat dan benar-benar berhati waja sahaja yang mampu bertahan melawan kegilaan ini.

Ah, kegilaan apa? Katamu.
Ada-ada sahaja kau ini. Merepek tidak tahu hujung pangkal. Tingkahmu lagi.

Teman,

Andai engkau bisa mengerti apa yang ingin aku sampaikan ini.

Andai engkau bisa memahami gundah hati yang kurasakan saat ini.

Andai engkau bisa melihat dari kaca mata yang kulihat ini.

Pasti engkau gerun, engkau takut, engkau insaf.

Teman,

Lihatlah kelilingmu. Apa yang engkau temui?

Kegilaan seseorang kepada mukabuku, kepada movie, kepada hiburan, kepada dunia tanpa sempadan ini.

Teman,

Aku lihat di ceruk sana seseorang duduk berteleku menghadap skrin beku-melayan apa sahaja yang memuaskan nafsunya.

Teman,

Aku lihat di balik dinding sana seseorang bergelak ketawa seorang diri menonton maharaja lawak.

Teman,

Aku lihat di pelusuk sana seseorang leka dibuai melodi indah yang memekakkan telinga, menulikan lagi deria yang semakin kehilangan rasa.

Teman,

Kucuba hampiri susuk itu. Kucuba dekati sedkit demi sedkit.

Nahh, aku terkejut!!

Kau tahu siapa susuk itu? Kau tahu??

Aku!! Itu aku yang leka dalam duniaku sendiri, sehingga aku lupa teman. Aku lupa.

Hari ini 15 Mei 2011. Hari Nakbah Palestin ke 63.

Ya Rabbi

Ampunkan aku…

Terleka benar aku. Terlalai benar aku.

Ya Rabbi

Air mata ini pernah tumpah saat membaca kisah kejatuhan Melaka di tangan Sepanyol.

Air mata ini tumpah lagi saat melihat runtuhnya Khilafah Uthmaniyyah.

Duhai diri yang berdosa,

Bangkitlah!! Kau pewaris agama dan bangsa.

Al waajibat aksara minal awqat.

TANGGUNGJAWAB ITU LEBIH BANYAK DARI WAKTU YANG KITA ADA

No comments:

PERKENALKAN

Create your own banner at mybannermaker.com!

I made this widget at MyFlashFetish.com.