Diri…
aku mengaku lebih mencintai kehidupan akhirat berbanding dunia…
Lantas mengapa kerisauan ketidakcukupan waktu mengulangkaji pelajaran utk peperiksaan melebihi kerisauan ketidaksempatan aku menghabiskan 1juz al-quran dan bangun mengerjakan qiam setiap hari?
jasadku….
Aku mengaku bahawa kehidupan akhirat itu lebih indah melebihi segala keindahan dunia ini…
Lantas mengapa kejayaan dunia lebih mengganggu ketenanganku brbanding kejayaan utk akhirat?
Ruhku…
Aku mengaku bahawa mati itu pasti…dan dunia hanyalah satu persinggahan…
Lantas mengapa aku lebih melengkapkan diri dalam menghadapi peperiksaan berbanding melengkapkan penutupan auratku?
Pancainderaku…
Aku tahu kubur tempat tinggalku kelak…aku bakal berhadapan dengan ‘peperiksaan’ dr malaikat munkar n nakir…
Lantas mengapa aku hanya mampu berfikir tentang kenyataan ini sedangkan segala pancainderaku kini hanya sibuk ber’zikir’ tentang pelajaran brbanding berzikir tentang keagungan Allah…
Duhai hatiku…
aku mengaku mencintai Rasulullah saw melebihi segala manusia di dunia ini…
Lantas mengapa..hati aku dipenuhi kecintaan terhadap manusia biasa?
Aku mengaku kemungkinan kematianku itu lebih dekat berbanding peperiksaan yang bakal menjelang…
Lantas mengapa…fikiranku hanya tertumpu kepada peperiksaan dunia….
Terakhirnya…
Diri…lupakah engkau pada janji ilahi…bantulah agama Allah…Allah pasti akan membantumu…
Aku yakin!
“dan sesungguhnya Dialah yang memberikan kekayaan dan kecukupan”-an-najm,ayat48.
Ayuh sahabat2…jgn jadikan diri kita golongan2 yang tertipu dengan dunia…bersungguh2 dlm peperiksaan dunia tidak salah malah amatt dituntut islam…tetapi,,apabila hati…jiwa…jauh dari mengingati tugas berat kita sebagai khalifah…diri risau kita tergolong dlm golongan manusia yang tertipu dengan dunia…wallahua’lam…
Agama itu nasihat…=D
2 comments:
alamak..cm kenal karangan ni..hehe..alhmdulillah...
gudluck adik2...a paper to go!
waa kak masyi rupenyer..=) tengok lesung pipit baru perasan kak masyi td.heee.peace!=)
Post a Comment