Friday, May 27, 2011

aku..


Diri…

aku mengaku lebih mencintai kehidupan akhirat berbanding dunia…

Lantas mengapa kerisauan ketidakcukupan waktu mengulangkaji pelajaran utk peperiksaan melebihi kerisauan ketidaksempatan aku menghabiskan 1juz al-quran dan bangun mengerjakan qiam setiap hari?


jasadku….

Aku mengaku bahawa kehidupan akhirat itu lebih indah melebihi segala keindahan dunia ini…

Lantas mengapa kejayaan dunia lebih mengganggu ketenanganku brbanding kejayaan utk akhirat?


Ruhku…

Aku mengaku bahawa mati itu pasti…dan dunia hanyalah satu persinggahan…

Lantas mengapa aku lebih melengkapkan diri dalam menghadapi peperiksaan berbanding melengkapkan penutupan auratku?


Pancainderaku…

Aku tahu kubur tempat tinggalku kelak…aku bakal berhadapan dengan ‘peperiksaan’ dr malaikat munkar n nakir…

Lantas mengapa aku hanya mampu berfikir tentang kenyataan ini sedangkan segala pancainderaku kini hanya sibuk ber’zikir’ tentang pelajaran brbanding berzikir tentang keagungan Allah


Duhai hatiku…

aku mengaku mencintai Rasulullah saw melebihi segala manusia di dunia ini…

Lantas mengapa..hati aku dipenuhi kecintaan terhadap manusia biasa?


Aku mengaku kemungkinan kematianku itu lebih dekat berbanding peperiksaan yang bakal menjelang…

Lantas mengapa…fikiranku hanya tertumpu kepada peperiksaan dunia….


Terakhirnya…

Diri…lupakah engkau pada janji ilahi…bantulah agama Allah…Allah pasti akan membantumu…

Aku yakin!


“dan sesungguhnya Dialah yang memberikan kekayaan dan kecukupan”-an-najm,ayat48.


Ayuh sahabat2…jgn jadikan diri kita golongan2 yang tertipu dengan dunia…bersungguh2 dlm peperiksaan dunia tidak salah malah amatt dituntut islam…tetapi,,apabila hati…jiwa…jauh dari mengingati tugas berat kita sebagai khalifah…diri risau kita tergolong dlm golongan manusia yang tertipu dengan dunia…wallahua’lam…


Agama itu nasihat…=D

Thursday, May 19, 2011

..TEMAN..

Teman,

Dengarkan coretanku sebentar. Kukatakan ini kerana aku sayang pada kalian. Sayang sekali. Dan kerana aku takut. Aku takut melihat semua kegilaan ini, yang mengganas dan menyapu bersih.

Habis semuanya. Habis. Tanpa tertinggal seorang pun.

Hanya yang kuat dan benar-benar berhati waja sahaja yang mampu bertahan melawan kegilaan ini.

Ah, kegilaan apa? Katamu.
Ada-ada sahaja kau ini. Merepek tidak tahu hujung pangkal. Tingkahmu lagi.

Teman,

Andai engkau bisa mengerti apa yang ingin aku sampaikan ini.

Andai engkau bisa memahami gundah hati yang kurasakan saat ini.

Andai engkau bisa melihat dari kaca mata yang kulihat ini.

Pasti engkau gerun, engkau takut, engkau insaf.

Teman,

Lihatlah kelilingmu. Apa yang engkau temui?

Kegilaan seseorang kepada mukabuku, kepada movie, kepada hiburan, kepada dunia tanpa sempadan ini.

Teman,

Aku lihat di ceruk sana seseorang duduk berteleku menghadap skrin beku-melayan apa sahaja yang memuaskan nafsunya.

Teman,

Aku lihat di balik dinding sana seseorang bergelak ketawa seorang diri menonton maharaja lawak.

Teman,

Aku lihat di pelusuk sana seseorang leka dibuai melodi indah yang memekakkan telinga, menulikan lagi deria yang semakin kehilangan rasa.

Teman,

Kucuba hampiri susuk itu. Kucuba dekati sedkit demi sedkit.

Nahh, aku terkejut!!

Kau tahu siapa susuk itu? Kau tahu??

Aku!! Itu aku yang leka dalam duniaku sendiri, sehingga aku lupa teman. Aku lupa.

Hari ini 15 Mei 2011. Hari Nakbah Palestin ke 63.

Ya Rabbi

Ampunkan aku…

Terleka benar aku. Terlalai benar aku.

Ya Rabbi

Air mata ini pernah tumpah saat membaca kisah kejatuhan Melaka di tangan Sepanyol.

Air mata ini tumpah lagi saat melihat runtuhnya Khilafah Uthmaniyyah.

Duhai diri yang berdosa,

Bangkitlah!! Kau pewaris agama dan bangsa.

Al waajibat aksara minal awqat.

TANGGUNGJAWAB ITU LEBIH BANYAK DARI WAKTU YANG KITA ADA

sesungguhnya rezeki itu hak Allah..


subhanallah..alhamdulillah..allahuakbar...la hawlawala quwwata illa billah..


Sebuah basikal tua,

Dinaiki seorang lelaki berusia,

Dengan senyuman terukir di bibirnya,

Membuatkan diri ini memikirkan betapa mulianya dia...

Dalam zaman serba moden ini masih adakah insan yang menggunakan basikal bagi mencari sesuap nasi? Susah nak percaya kan. Tapi percayalah masih ada insan yang menggunakan basikal tua untuk mencari rezeki yang halal.

Pernah suatu ketika semasa saya menunggu bas untuk pulang ke kampus, saya ternampak seorang lelaki berseluar pendek, memakai t-shirt dan bertopi (mungkin mahu melindungi wajah dari terik matahari), memberhentikan basikal tuanya berhampiran dengan perhentian bas. Saya kira dia berbangsa India dari segi pakaian dan warna kulitnya. Di bahagian belakang basikalnya kelihatan terselit kotak-kotak kosong yang sudah dilipat-lipat bagi menjimatkan ruang. Beliau kelihatan tersenyum dengan pekerjaannya itu. Membelek dari satu tong sampah ke satu tong sampah yang lain. Mungkin pada pandangan orang lain kotor tapi itulah pekerjaan yang halal dan tidak meminta-minta pada orang lain. InsyaAllah, Allah memberikan rezeki yang halal kepada mereka yang rajin berusaha. Tapi ingat, matlamat tidak menghalalkan cara.

" Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya ".

( Surah ar-Rad : 11 )

Saya juga pernah melihat seorang makcik yang berbangsa cina semasa zaman persekolahan dahulu. Bertahun-tahun dia mengayuh basikal mininya mencari tin-tin kosong dan kotak-kotak yang tidak digunakan lagi. Selama beberapa tahun saya perasan dan memerhatikan makcik ini yang setia dengan pekerjaannya dengan skirt dan t-shirt lusuhnya. Malahan semasa saya pulang ke kampung baru-baru ini juga saya seakan masih ternampak makcik cina tersebut atau mungkin juga saya silap orang. Setiap hari basikalnya penuh dengan muatan, tak pasti pulak dari mana dia mencari semua bahan terbuang tu. Tapi semangat kentalnya yang tak pernah mengena erti penat membuatkan saya kagum.

Jangan kita ingat bila kita dah tak perlukan sesuatu tu, orang lain juga turut tidak memerlukannya? Jangan berfikiran cetek kerana barangkali kamu tidak suka tapi orang lain suka kerana kejadian Allah ni unik. Teringat pulak kisah dengan adik sewaktu nak beli kain baju kurung. Orang cakap kain A cantik, dia cakap tak cantik. Yang orang tengok tak cantik tulah dia kata cantik. Padahal kami sekeluarga tak berkenan dengan pilihan dia tu. Tapi mata dia kata cantik nak buat macam mana kan. Lagipun dia yang nak pakai. Jadi biarlah dia dengan pilihan hatinya. Tiada manusia yang sama antara satu sama lain. Sedangkan cap jari tidak ada yang pernah sama. Itulah ciptaan yang Maha Agung. Belum bersyukurkah kita???

Saya juga pernah beberapa kali semasa makan, ada dua orang (kadang-kadang lelaki berpasangan dan kadang-kala perempuan berpasangan, yang seorang normal dan sorang lagi tidak boleh melihat dalam erti kata lain buta) bergerak dari satu meja ke meja lain untuk menjual tisu. Kiranya membeli sambil bersedekahlah kan. Kadang-kadang bila ada pelanggan yang menolak, mereka tidak pernah berputus asa untuk bergerak ke meja lain dan tidak ada istilah malu dalam diri mereka. Kadang-kadang saya beli juga walaupun saya jarang guna tisu sebenarnya, sebab saya lebih selesa guna sapu tangan Tisu tu buat spare je, selalu saja ada member tanya "ada tisu tak". Kalau pada masa tu saya ada tisu maknanya saya tidaklah menghampakan orang yang meminta. Betul tak?!

Kadang-kadang kita dengan mudah menghukum golongan sedemikian. Dikatakan menumpang kesenangan orang lain dengan hanya tahu meminta-minta. Tapi kita kena ingat kerana rezeki kurnian Allah itu bukan hak mutlak kita. Ia perlu dikongsi kerana dalam rezeki kita ada nisbah orang lain.

REZEKI adalah sesuatu yang telah dijamin oleh Allah kepada seorang hambanya. Rezeki yang kita dapat tu bukan hak mutlak kita seorang, ada hak orang lain di dalamnya. Allah telah menampakkan anugerah kepada hambaNYA dengan menempatkan harta berfungsi sebagai IBADAH. Sebab tu ZAKAT wajib dibayar. Supaya rezeki yang diberikan berfaedah bagi si pemilik dan bermanfaat pula bagi sesama hamba Allah. Dan sekiranya harta itu tidak memberikan manfaat bagi agama, sesama hamba, dalam hubungannya dengan keagungan nama ALLAH swt maka ALLAH berhak menarik semula rezeki itu kerana ALLAH swt adalah pemilik yang sah bagi semua harta yang ada di dunia mahupun akhirat.

Sebab tu dalam Islam digalakkan bersedekah. Jangan pentingkan diri sehingga kita terlupa, nyawa kita juga hanya pinjaman oleh Yang Maha Esa. Entah esok lusa, jika DIA mahu mengambil balik apa yang dipinjamkan kepada kita, siapa kita untuk menafikan yang bukan hak kita. Cuba letakkan diri kita pada tempat mereka? Cuba selami hati dan perasaan mereka? Bukan mereka mahu jadi begitu, barangkali keadaan memaksa walaupun mungkin ada alternatif lain yang boleh difikirkan oleh kita tapi tidak oleh mereka.

Kita semakin matang setiap hari kerana usia semakin meningkat, jadi belajarlah untuk menerima pendapat dan keinginan orang lain. Biarkan mereka melakukan sesuatu yang mereka suka walaupun kita kurang selesa dengan hal tersebut selagi ia tidak melanggar batasan syarak. Jika sudah melanggar batasan syarak maka wajiblah kita untuk menegur. Bukan niat hanya menegur dirinya tapi niat menegur diri kita sendiri supaya kita sentiasa ditingkatkan iman dan taqwa.



Monday, May 16, 2011

yang mana satukah aku??

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.


p/s: ayuh kawan2 siiru 'ala barakatillah..

PERKENALKAN

Create your own banner at mybannermaker.com!

I made this widget at MyFlashFetish.com.