kenangan bersama..
sesi perbincangan..letih dowh!
kaki2 pemain...( tengok!sandal sape la tu!)
teke tangan sape???
future dentist
epy besday mus! (adik bongsu kami)
boyz..
befday boy n sir ARHO
kami tak besar.. dan kami tak kuat... bila bekerjasama sume jadi mudah...! p/s-tapi gigi kami sehat dan kuat..:)
Hari nie kitorang nak ajar korang “bukan ganu” ayat2 yg patut korang belaja n praktikkan…
Dah alang2 kite sekelas,gune la kesempatan nie ye!
· Beso jallo (sudah matang)
· Kecik tuek ( kecil sangat-sangat)
· Gemok debok (obes)
· Panjang jengong (panjang laa)
· Pendek kettok ( tak cukup inci daa)
· Tinggi langgok (tinggi cam galah)
· Nipih nayyang (extra nipis)
· Kuruh kekkek (kurus kering)
· Masing pekkok (terlampau masin)
· Tawor hebbe lembo ( tawar)
· Manih letting (manis )
· Masang ghebbang (masam)
· Pahik leppang (sangat pahit)
· Meroh nyalle (merah sangat2)
· Kuning sio (kuning)
· Biru lettu (birunye!)
· Hija naung ( hijau wooo)
· Hitang leggang ( hitam kuali!ngee~)
· Putih leppuk (putih)
· Comey lotte (sangat cantik)
· Hudoh seppang ( buruknye!)
· Ketak gelemat ( sangat ketat)
· Longgor gedu gedeh ( longgar laa)
· Sekat noneng ( singkat untuk pakaian)
· Lame jamang kirung ( terlampau lama)
· Busuk bango/kohong (busuk)
· Hancing pering
· Kepeh belepeng (penyek)
· buruk leppok ( sangat buruk)
· licing mayyo ( licin)
· mude cade ( mude cam kite2 la =p)
· tue ghanyuk ( tue lanjut)
· bollok wok ( serabut)
· cair belle ( sangat cair)
· sejuk ketto ( sangat sejuk macam kat dks 1.5)
· panah kettik ( sangat panas pun cam dks 1.5..haha)
· seppik kio’k (sempit….emmmmm…)
· kering garring ( kering)
· basoh jerruk ( basah)
· panah derring ( untuk cuaca)
· renyok beleko sewey ( bengkang bengkok)
· bulat gette ( bulat sempurna)
· pulah cawah ( berpusing-pusing)
· peluh leik ( berpeluh sangat2)
· ringan leppung ( sangat ringan)
· berat nannang ( sangat berat)
· haluh siak (halus macam rambut)
· bessor bapok ( nie besar untuk benda)
· massang cattung ( nie untuk muke2 orang yg badmood)
· senang leppeh/keppeh ( sangat senang cam trigonometri..hua3 =p)
· susoh payyoh (susah sangat)
· terrik netting ( penuh dengan air pressure)
· kenyang totok ( pun maksudnye kenyang sangat2)
· ceroh nerrang (sangat cerah)
· gelak gugguk ( gelap gelita)
* senyak tuppah ( sunyi sepi)
* bising bango ( riuh rendah)
*bahang ghambang ( hentam keromo)
*deney pe ( manje macam nora..hehe)
*senget tunggeng ( senget)
*kotor belopong ( kotor )
* tupul gelenyeh ( sangat tumpul)
* sinor banor ( bersinar-sinar)
* kilat mayo ( sangat berkilat)
*hannya kubang lana ( bersepah-sepah)
* starang baghoh ( langsung!!)
* kerah kettung ( sangat keras macam batu/ degil)
*lembek lotek ( lembik)
* do oh lalu ( keterlaluan/melampau)
*kuca lana ( bersepah)
* dok rok cettong ( tidak berkemampuan)
* cotek wek ( sedikit sangat)
*kejut kanja (sangat terkejut)
* settok karrong ( terperanjat)
* kecut berut ( kecut)
*kapoh hannya ( bersepah)
*patoh riok ( patah tulang)
camne? Best tak belaja?? Boleh pronounce x??
nie kitorang bina 3 ayat untuk tutorial korang untuk amalkan…
1. panah kettik
- “tien,panah kettik dks hari ning.mu jangang bowok sweater plop”
Translation: tien,sangat panas dks hari ini,awak jangan bawak sweater pula.
2. Kettak gelemak
- “Jangang gok pakai kettak gelemak,dok molek ngat orang tengok”kate mak hani kepadanya.
Translation: “janganlah pakai ketat-ketat sangat,tak elok dipandang orang” kata mak hani kepadanya.
3. Basoh jerruk
-“lambak la serek ujang,basoh jerruk baju aku”
Translation: “lambatnya hujan nak berhenti,habis basah baju saya”
1. Sombong
Ø Diberi penghidupan tetapi tidak mahu sujud kepada penciptaNya.
2. Mati hati
Ø Orang yang diberi petunjuk namun tiada apa-apa kesan untuk bertaubat.
3. Dungu
Ø Tidak mahu melakukan ibadat tetapi menyangka Allah tidak akan menyeksanya.
4. Kuat
Ø Menahan kemarahannya ketika dalam marah.
5. Lemah
Ø Orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya,tetapi tidak terdetik kemarahan melihatnya.
6. Bakhil
Ø Orang yang berat lidahnya untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W
7. Buta
Ø Orang yang tidak mahu membaca dan tidak menelitikan kebesaran Al-Quran dan tidak mahu mengambil pengajaran.
8. Tuli
Ø Orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkan.
9. Sibuk
Ø Orang yang tidak mengambil berat akan waktu solat seolah-olah mempunyai kerajaan yang besar seperti Nabi Sulaiman.
10. Manis senyuman
Ø Orang yang ditimpa musibah lalu menjawab “innalillahiwainna ilahi raji’un”
11. Menangis air mata mutiara
Ø Orang yang bersendirian lalu ingat akan kebesaran Allah dan menyesal akan dosa-dosanya lalu menitikkan air mata.
12. Kaya
Ø Bersyukur dengan apa yang ada.
13. Miskin
Ø Orang yang tidak bersyukur dengan apa yang ada.
14. Rumah yang luas
Ø Orang yang mati membawa amal kebajikan di mana kuburnya diperluas saujana mata memandang.
15. Rumah yang sempit
Ø Orang yang mati membawa amal keburukan di mana kuburmya disempitkan sehingga tulang rusuk kanan bertemu dengan tulang rusuk kiri.