Friday, December 11, 2009

~~JUNJUNGANKU~~

assalamualaikum..~~



sekadar renungan buat semua...

tengah hari tadi kita dah dengar sedikit sebanyak imput
yang sangat menarik dari sahabiah kita...
pasal muhasabah diri,,
pasal amalan kita,,
pokoknya,,semua itu adalah sebahagian cara kita
nak menyucikan balik hati kita ni,,,
al maklumlah..
dah lame tak dengar tazkirah..
hati pon da mula berkarat..
kat sini sy juz nak kongsi satunsirah Rasulullah
nabi junjungan kita...
saya baca ni pon dari majalah SOLUSI


~~RASULULLAH SELALU BER LAPAR~~


Aisyah r.ha berkata,"Tidak pernah keluarga Rasulullah s.a.w
kenyang makan roti gandum tiga hari berturut-turut sejak
baginda datang di Madinah sehingga baginda meninggal dunia."
Suatun riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu'aim, Khatib,
Ibn Asakir dan Ibn al-Najjar daripada Abu Hurairah r.a, dia
berkata:
"aku pernah datang kepada Rasulullah s.a.w ketika baginda
sedang bersembahyang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya:
"Ya Rasulullah! Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk,
apakah engkau sakit?"
Jawab baginda: "Aku lapar, wahai Abu Hurairah!"
Mendengar jawapan baginda itu, aku terus menangis sedih
melihatkan keadaan baginda itu. Baginda merasa kasihan melihat
aku menangis, lalu berkata:
"Wahai Abu Hurairah! jangan menangis, kerana beratnya hisab
di hari akhirat kelak tidak akan menimpa orang yang hidupnya
lapar di dunia jika dia menjaga dirinya semasa hidup di dunia."


berdasarkan apa yang tercoret di sini,
saya bukannya mahu menyuruh kita semua berlapar,,
tetapi menghayati apa yang sebenarnya terkandung di dalam
riwayat ini...
sesungguhnya Rasulullah itu insan yang paling mulia..
namun, baginda sanggup berlapar demi beribadah pada Allah..
walaupun memang Rasulullah telah di jamin oleh Allah bahawa
Rasulullah akan masuk syurga...
marilah kita renungi setakat mana tahap keimanan kita..
setakat mana kita mampu berjuang memenuhi amanah ALLAH
kepada kita sebagai seorang hamba dan juga sebagai khalifah di muka bumi ini..

No comments:

PERKENALKAN

Create your own banner at mybannermaker.com!

I made this widget at MyFlashFetish.com.