Tuesday, April 27, 2010

SUDAH BERTUNANG????



SALAM ALEIKUM



sahabat-sahabat yg dirindui (tak tipu nie..hehe)

ape khabar badan n iman hari ini???

moga2 khoir sumenyer..ceria2 selalu ye..yuheeeee~~

alhamdulillah,, thumma alhamdulillah wa thumma alhamdulillah...

hari ini kita masih diberi peluang untuk terus berada dlm nikmat IMAN n ISLAM
( wah,,,indahnye!!!terima kasih ya ALLAH )

and still dpt merase nikmat n ujian cuti lame (doakan kte sume dpt manfaatkan cuti ini!!!)..huhu..

THANK YOU ALLAH (nie lagu maher zain..bez sangat lagu nie..sempat lagi promote..hehe)

hari ini,, hampir seharian duduk depan lappy..huhu..duduk on9 je keje cuti2 nie
(kembali melakukan my hobby..best2)..


actuali,, saya still in process plan cuti..

my mom said kte kena plan cuti kte...

teringat sebuah hadith yang kita pernah sama2 hafal time belajar PQS dulu..


Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Dua nikmat yang dipersia-siakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan MASA YANG TERLUANG."( Riwayat Imam al-Bukhari )



Alangkah ruginya andai masa tidak digunakan dengan sebaik2nya
( siapa setuju,,angkat kaki )


Firman ALLAH dalam kitab-NYA :


"Kemudian kamu benar-benar akan disoal ( di akhirat) tentang nikmat ( kurniaan ) Allah."
( Surah al-Takasur :ayat 8)



Setiap mase yg ALLAH bagi kte pinjam nie akan disoal semula
( uishhh,,,takotnyer...insaf2..sebab rsenyer bnyk gak mse terbazir..astaghfirullah)

so friends,,,any idea macam mane nak manfaatkan cuti kita??? kalo ade,, silelah share ye!! ( sila imagine muka yg sgt berharap nie ) huuuu~~


sebentar tadi,, saye check my gmail ( jarang sgt bukak account nie )


scroll dan scroll ke bawah....tertera sebuah email yg dihantar oleh abang saya bertarikh 17 april
( lame dah tue..ish3 )

email itu mengandungi sebuah story yg memberi sedikit tamparan buat saya
( maaf,,bukan sedikit tapi banyak )

my bro said that he got it from facebook ( i really hope saya dapat guna peluang fb untuk buat amal bnyk!! yosh!! fighting 4 mardhatillah )

so,, readers i wanna take diz chance ntok share the story..

story nie saya juz copy n paste je..huhu..selamat menghayati...

..................................................................................................................................................................

Pada suatu hari~

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu.

Iya , hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada.

Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini.

Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi SayyidahSayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam.
Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik
Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah (bertunang) apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam kupintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.
bukan membuka
Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang..

"Warna putih, bersih..."

" Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh sanubari aku sebagai hamba Allah.

”Malam Pertama...” Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran.

Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

" Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga membuatkan beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah.

Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..."

Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!"

Khalilah tersenyum megah.
"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak! "Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya.

Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbahmenikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...
dahulu tanpa
"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

" Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

" Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan
aku, itu sahaja.


............ ......... ......... ......... ............. .......... .............




" innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

" Tenangnya.. . Subhanallah. Allahuakbar. "

"Ya Allah, tenangnya... "

"Moga Allah memberkatinya. ..."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.

Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.

Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku...

Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nyaRabbi, dalam sembahnya pada Ilahi.
pada
Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."


Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

" Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab...

"Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

" Allahuakbar. .."

Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut...

"Ini nak, bukunya."

Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr ' Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari ' khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. ."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (UmmuSulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu.



* Kisah ini bukan kisah ana , ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *
Wallahua 'lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalahmenikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.
berwaspada. Bimbang
Setidak-tidaknya , Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya. .. Arh... Untungnya Insyirah.

~ Kullu nafsin zaa'iqatul maut ~


-TAMAT-


.....................................................................................................................................................................


saya terkedu sebentar time bace kisah ini.. saya memuhasabah diri
( jom kite bermuhasabah bersame2 )


adakah saya benar2 menghayati kisah ini???
( memuhasabah diri kembali ,, memohon kekuatan agar terus istiqamah)



sebenarnya,, takut juga saya ingin berbicara tentang soal ini.. kerana menulis memang mudah.. Tapi ini peringatan buat diri saya terutamanya..




Ada seorang sahabat pernah memberitahu saya,


"Detik yang paling berkobar-kobar ialah detik setelah menerima hidayah. Dan cara untuk menyiraminya supaya hidup lebih lama ialah dengan berkongsi"

izinkan saya berkongsi apa yg saya dapat ye!!


semoga anda terus thabat..dan doakan saya juga terus thabat!! insha-ALLAH..



HAVE A NICE HOLIDAY

~wasalam~

Tuesday, April 20, 2010

~Al-Fatehah~



Bismillahirrahmanirrahim..
Salam takziah buat sahabat kita, Noor Faradzela bt Mohamad
diatas kematian ayahnya pada 18 April yang lalu..
Al-Fatehah buat arwah..
sama2 kita doakan semoga roh arwah di cucuri rahmat
dan di permudahkan urusannya di sana...

"setiap yang hidup pasti merasai mati"






Saturday, April 17, 2010

~UJIAN & DUGAAN~


Bismillahirrahmanirahim...
Alhamdulillah..
pejam celik, pejam celik,,,
rupa2 nyer kita dah di akhir sem 2..
exam pon tinggal ppr fizik je lagi..
seinfiniti kesyukuran juga kita pnjatjkn ke hadrat Illahi..
kita telah sama2 berjaya habiskn beberapa paper..

"UJIAN, UJIAN, UJIAN"
"test la, quiz la, exam lagi...
kenapa hidup kita ni selalu di uji??
x boley k biar hidup kita tenang..??"

keluhan demi keluhan keluar dari mulut kita kn??
ni baru ujian dunia.. dunia semata..
bila x dpt jawab, kita bley usaha lagi 4 the next test..
tp ujian sebenar kita adalah Iman kita..

"adakah kamu mengira kamu telah beriman sedangkan kamu belum di uji.."

saya nak cerita satu pengalaman yg baru sy lalui,
baru kita semua lalui...

****************************************************************
imtihan niha`ii..
satu kejutan bt saya.. satu perjalanan panjang
wpon hanya beberapa hari...
satu penyiksaan batin..
paper yg paling mmbuat saya terkesima.. bio..
sepanjang saya belajar, subjek yg plg sy suka ialah biology..
bg sesetengah org, bio is hafal then ingat..
tp sbnarnya bio ialah faham.. what we understand, that is what we try to explain..
bio = faham + hafal sket2 term

biology II sem II chapter 9.. biodiversity..
bagi sy satu chapter pnjg yg fully kene hafal kot..
tyme xm dah kat tepi idung,, sy ketepikn tajuk tu coz
syb akui sy sgt lemah mghafal..
harap2 masuk yg len banyak..

tup tup.. masuk stadium, buka je soalan..
I' died.. biodiversity..
huh,, what a naseb badan..
mase tu dah x bley nk kte ape..
jawab jela mane yg boley..
ni la padahnya org yg x ckp preparation tp berlagak nk berperang..
tyme org nk ambk paper tu,, mcm2 perasaan ade
cdey, cuak, hancus...
tp ak da x bley bt ape2..
kluar je trs p tandas,, xley tahan.. nk nangis..
ak tewas dlm berperang..
tak pernah lg sepanjang idup rase bodoh cam hari tu..
rase cam x prnah blajar je..
ble dah jpe gn kwn2,, ok la cket coz
still have someone in the same boat..
tak der la down sangat..

********************************************************

bila saya muhasabah balik,, koreksi dr balik..
kt mne konsep Tawakkal tu ak letak..??
dimana Redha ku pd ujian Allah..??
dalam ujian ade ujian..
bila kite dlm situasi tu kita dah tak dpt pk rasional..
hanya pk cdey kite je..
sdgkn kita dah d beri mase tuk berusaha..
when i'm thinking back.. i still have friends who gonna support me..
i still hv friends who are in the same boat..
but,,
how am i if i fail to answer the question in hereafter..??
who gonna be with me??
i'am alone..
no one would help me...
soalan kt qubur nanti dah bocor pon..
kita pon dah taw jawapan dye..
tp adakah kita yg akan menjawab??
XXX..
It's our amalan..
cukup ke amalan aku nk jawab sume tu??
hmmm,, pk2 la sendiri.. same2 kita koreksi dr..
betulkan niat kita..
ni hanya ujian dunia.. wlaupon kite x ley jwb tp still
kita x d kenekn ape2 punishment..
except our failure..
tp still kita d beri peluang len tuk bt yg terbaek..
ujian kt akhirat tak mcm tu..
skali kita dah masuk dlm 2 kita dah tak de peluang len
tuk mncuba lagi..
dah la tak de sape2 tolong..
sorang2, gelap....

fikir2 kan lah..
saya menulis ni atas dasar diri ini yang selalu terlupa...
saya hanya insan biasa..
tp belajarlah dr kesilapan..
satu perkongsian bt kita semua~~

terima kasih semua, sedarkan aku kembali~~



Sunday, April 11, 2010

imtihan niha'i





assalamualaikum semua sahabat yang ana kasihi!
moga semua baik2 sahaja..
di sini..
ana nak ucapkan selamat menduduki exam final
pada esok hari..mesti skarang masing2 sedang sebuk kan?
maklumlah..sare macam semua tak cover lagi..
tapi biaselah perasaan tuh..
semua tuh kita cube overcome ngan banyak2 carik ketenangan
isik dada kite ngan zikrullah..
bace quran
solat hajat
tp ingat
amalan nih semua kite niatkan semate2 kerana Allah..
janganlah kite kufur nikmat kelak
kite usaha..
selebihnya..
serahkan pada yang maha kuasa
kerasna dia lebih mengetahui apa yang terbaik ntuk hambanya..

"DAN MOHONLAH PERTOLONGAN (KEPADA ALLAH ) DENGAN SABAR DAN SOLAT.DAN (SOLAT) ITU SUNGGUH BERAT, KECUALI BAGI ORANG-ORANG YANG KHUSYUK.(IAITU) MREKA YG YAKIN, BHWA MREKA AKAN MNEMUI TUHANNYA, DAN BAHAWA MREKA AKAN KEMBALI KEPADANYA"
surah albaqarah:45-46

ana teringat satu lagi kalamullah

"DAN SEKIRANYA ALLAH MELAPANGKAN REZEKI KPADA HAMBA2NYA NESCAYA MEREKA AKAN BERBUAT MELAMPAUI BATAS DI BUMI, TETAPI DIA MENURUNKAN DENGAN UKURAN YANG DIA KEHENDAKI.SUNGGUH, DIA MAHA TELITI TERHADAP (KEADAAN0 HAMBA2NYA, MAHA MELIHAT"
surah asy-syura:27

oleh itu kawan2..
bersangka baiklah dengan tuhan
apa yang kite rasekan payah kini..
mungkin ade suatu sinar yang kite tak nampak
dan mungkin kite tak tahu..
jika kite dapat terlalu banyak..
kite akan kufur nikmat..
na'uzubillah..
apepun..buat sahabat2 USIM sekalian
khususnya tamhidi gigi
perbetulkanlah niat kite
belajar periksa
keranaNya
bukan 4 flat smate2
kerana segalanya akan ditanya nanti..
ayuh sama2 sahabatku
kite menuntut ilmu
demi mengembalikan semula sinar Islam yang kian sirna
kitelah yang bertanggungjawab kelak
amalkan ilmujangan biarkan ia hanya di buku
tp sematkanlah ia di kalbu
agar dapat menjadi sumbu
penerang segala lampu
wallahua'lam~
uhibbukum fillah
~senyum dalam masalah~
hanim yusra

SUKAKAH KAMU AKAN CINTA???? KaLaU SuKa TaU kE..CinTA tu APe?



Comelnye gigi nie tapi jelir lidah wat pe?? BUEEEEKKKKKK Boring gile blog nie......asyik ulang bende same je...jgn marah ye...saje nak wat sakit ati korang...

Nie tibe2 nak post nie bukn pe...insomnia...tak leh tido...nak bg blog nie idea ckit...

(rasenye malas nak gune ayat baik n skema....aku nak jd jahat, menyakitkan ati...and brutal......bukan pe boring jd budak baik)


Korang budak gigi nie...mostly nampak je matang...walupun kekadang perangai macam longkang tersumbat...

saje jela nak test matang ke tak korang.....rupe2 emmm...haram...baik laki n pompuan...same je..

setelah melakukan kaji selidik terhadap beberape responden terhadap isu forever iaitu cinte....mostly drpd korang...hanye faham sekadar definisi....n disebabkan korang nie semue berlagak alim nak mampos...bile questionaire aku yang 2 soalan je tu....mostly jawapan yang mentah....uneducated...unsignificant...and so whatever....bg boys la...yela jawapan biase dr budak sekolah agme yg mcm katak bwh batu...cinta itu blaa...blaaa...Allah....blaa...blaa..Allah..blaaa.....bute...blaaaa...blaa...entah...blaaa...nabi...blaaa..blaaa..parents.. perhhhh....(perhh...harap2 korang yg bace nie sakit ati...hahaha) nampak sgt berselindung n so unmatured...

aku tak kate salah tp bg korg yg dah besar nie (termasukla gemok...tinggi nak mampus...xxxLL) spatut nye ade pendapat yg simple tp signifikasi....bg budak pompuan plak....dr sudut perangai dalam kelas...memang sohih....andartu la nampaknye..hahahaha..padan muke...camne ye aku nak ckp nie...pernah sekali korang budak pompuan berdiskusi pasal cinte nie....mase tu aku sorang je laki dalam kelas...bile dgr korang ckp...aku rase nak tergelak...aku gelak skrg HAHAHAH!!!!!...it was totally boring....and idea yg sgt murah...


Aku nie ckp lebih je kan...ish..ish..ish... tp.....suke ati aku la aku nak tulis ape...Bace jela!!!!!


Nape aku suke topik nie???? emmm pikir...punye pikir..punye pikir....sebabnye macam nie

mase sem satu adela due SKANDAL MELODI berlaku kat group kite....skandel yg pertame berlaku antare 2 laki n sorang perempuan....yang kedue berlaku antare 2 perempuan satu laki.....tak caye ke??? Mampos korang la...sape suh jadi bute tuli.... skandel yg pertame berakhir dgn lansung tak jd pape...2 laki-laki tu melepas...bengong betul.. skandel kedue plak....sorang pompuan tu menarik diri....isk3 kesian.... sape diorang tu???? semestinye bukan aku.....nak tau????...LU PIKIRla Sendiri....


memandang aku nie selalu menjadi org ketige n selalu terlibat dalm kancah percintaan org len sejak form 1...aku hampir menjd arif pasal cinte cintun mcm nie....tp watever...berpengalaman menjalinkan hubungan antare 2 pihak...and berpengalaman menjahanamkan hubungan diorang....


so just a simple question APE YANG KORANG TAU PASAL CINTE??? persoalannye tau ke??? em tgk muke cover cun n hensem tu....emmmmmmm...boleh jalan....kalau tau bagila pendapat korang??? tulis kat komen tu...nak tgk ckit camne korang takrifkan cinta.....tulis tu biala bahase yang indah sampai menusuk jiwe rage bakul..korang kan dah besa....besa ke????...Besar saiz badan adela HAHAHAHAHA!!!!!


Tulisla kat komen tu!!!!! aku nak tgk jujo jawapan yang jujo n menusuk jiwa rage bakul....kalau ade la...erm...U WISH....


time bace nie jgn naik angin.....walaupun korang memang banyak angin....tu yg selalu busuk satu kelas (kerje budak pompuan la nie)....hhahaa...sebb nye nie just ckp standard....lepas nie post aku akan semakin pedas, sakit ati, longkang n sebagainye....

so BEWARE.....NO PRESSURE...




PERKENALKAN

Create your own banner at mybannermaker.com!

I made this widget at MyFlashFetish.com.