Tuesday, March 9, 2010

~muhasabah sufa~




Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt....
Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran dipanjatkan kehadrat Illahi
kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya
kita telah selesai melalui satu lagi marhalah ujian dalam
acara SUFA (sukan fakulti) yang telah berlangsung pada 6 mac dan
akan berlangsung pada 14 mac...
kepada semua atlet diharap dapat mengambil iktibar dan perbaiki segala kekurangan
untuk segala kemaslahatan hadapan~~
sedikit report sufa baru-baru ini.....
disebabkan saya adalah member netball, so, laporan agak
tidak adil... 'kurang info sukan laen'.. sory.....report bios kpd netball~~

6 Mac 2010
~acara yang dipertandingkan~
+ netball
+ handball
+ ping pong
+ bowling

7.20 am
semua peserta netball n handball mula berkumpul di sebelah Smile.. kami dengan semangat berkobar2 burkumpul tuk sme2 pergi ke Pavilion untuk bersukan.. walaupon dengan kekurangan pemain + kurang berlatih... almaklumlah tamhidi kan busy.... namun, semangat kami agak2 berukuran 7.6 "skala ritcher"... hampir2 mengegarkan pagi yang sunyi di camelia court... nak dijadikan cerita,,, keceriaan kami diragut + semangat kami dibunuh dengan kejam... Dush!! dengan hanya satu kiriman sms...."semua permainan ditangguhkan pada minggu hadapan"... that's mean xde game hari ni...betapa terkejutnya kami semua... tambah lagi kami baru diberitahu pagi itu... aku bagaikan tidak percaya, namun itulah kenyataan pahit yang harus diterima semua..
masing2 cuba menenangkan diri.. ada yang terus makan,,, ada juga yang terkeluar bahan2 nuklear yang tidak mampu menyembunyikan ledakannya.... kami mula membuat spekulasi sendiri... ada antara kami yang menghantar mesej kepada student Pandan, senior kesayangan kami... namun, tak dapat diselamatkan, mereka telah bertolak.., kami pon merancang tuk meneruskan prog kami walaupon hanya dengan senior kesayangan kami... perjuangan belum berakhir...hahaha... majoriti peserta telah membawa haluan masing2.. pagi kami makin 'tragis' (x taw perkataan paling sesuai) bila tiba2 kami dimaklumkan bahawa bola baling tetap berlangsung pada hari itu... kami mula tertanya2 dan pelbagai spekulasi + kontroversi timbul... bagaimana pihak pengurusan boleh sebegini 'huru-hara'??? bagi peserta netball plak, kami ada perancangan laen...our senior is waiting for us... otw kami ke bumi tercinta USIM, kami mendapat khabar baru... akak2 kesayangan kami bgtaw semua game yang dipertanndingkan hari tu berjalan seperti biasa... ping pong yang sepatutnya minggu depan turut dijalankan pada hari yang sama... alangkah terkejutnya kami.... bumi dinasour bagaikan di serang tentera Amerika... kelam kabut kami mengumpulkan peserta... ping pong paling kesian kerana kebanyakan peserta balik pada hari itu.... ujibakat peserta mulalah dilakukan secara random... rakan2 terdekat dikerah turun padang... pagi yang mendamaikan bagaikan ditengah padang kemarau terutamanya hati2 kami... panas membahang.... namun, kami tetap meneruskan perjuangan... spekulasi terbesar menyerang benak2 kami semua... adakah ini satu KOMPLOT??? adakah kami di BOIKOT??? di SABOTAJkah kami??? apa salah kami??  tibanya kami di bumi tercinta USIM disambut dengan bilangan atlet dari semua fakulti yang sedang melonggarkan sendi (stretching)... peserta bola baling tamhidi hampir dikeluarkan kerana tiada peserta hadir.. bola jaring pula lebih bernasib baik... perlawanan belum bermula... walaupon dengan hati yang berkecamuk, kami tetap bersyukur,,, latihan kami tidak sia2... The day of the battle start...

~iktibar makana~
Firman Allah di dalam Al-Quran, mafhumnya, "adakah kamu menyangka kamu beriman sedangkan kamu belim di uji??" setiap manusia pasti diuji dan itulah janji Allah.. namun, setakat manakah pergantungan kamu kepadaNya? pagi itu kita semua diuji dengan pembatalan game yang tersangat tiba2... dimanakah letaknya SABAR kamu? dimanakah perginya REDHA kamu? tersangat lemahnya kita pada pagi itu... ketuk hati, tanyalah IMAN.... Allah berfirman lagi di dalam Al-Quran mafhumnya, " kamu merancang dan Allah juga merancang,, dan Allah adalah sebaik2 perancang" ... Allah Maha Hebat, Dia takkan sekali2 menzalimi hambaNya.. prove, pertandingan tetap dijalankan seperti biasa... "Allah tidak pernah menzalimi kamu melainkan kamulah yang menzalimi diri kamu sendiri"... janganlah mudah membuat spekulasi sendiri, ia mungkin membawa kepada FITNAH...
kepada pihak tertentu plak, berlapang dadalah di atas setiap perkara... baiki pengurusan kamu, kerana dengan pengurusan yang sebegitu mampu membawa fitnah kepada ISLAM agama tercinta kita... adakah ini buktinya kita umat MUHAMMAD.... ??

*******************************************************************************

" THE BATTLE START"
9++ am (agakan methode)
~netball
first game PT VS FST
secong game PT VS FMeD
third game PT VS FPBU

# pemain yang terlibat secara langsung pada hari itu: #
~dyb ~tien ~rai ~laila ~ida ~qoo ~zack ~hanisah ~jiha@jibam ~laili ~miruu ~fatin

semua game berjalan dengan lancar, PT VS FST... fuh!! sangat mendebarkan... almaklumlah, lawan ngan wakil MASUM.... mungkin kami baru dalam 'LAG phase" adaptation time lah konon,,huhuuu.... kami kalah 16-7... ala, baru nak panaskan engine...cheer team x smpat dtg so,, suram la sket...

second game, game yang paling x ske coz kne lawan gn senior sndr... PT VS FMeD.... ukhuwah ttp ukhuwah... sayang kamu semua... game ni quite good coz kami x pernah mng gn dyorg.... student yg sgt ebat.. ini mgkn disebabkan faktor dyorg pndg rendah pd kami student TAMHIDI... SPEKULASI lagi...huh!!! perlawanan agak sengit... ramai ahli dyorg injured... ganas ke km main?? rsenye x... dah taqdir... kami menang 6-5... alhamdulillah.. cheer team pon dah mula 'panas'...

third game PT VS FPBU,,, sebelum tu kami dengar citer dyorg kalah gn FST banyak jugak, tu yang menaikkan semangat kami... strategi disusun sebaik mungkin... inilah peluang kami... mungkin boleh dikatakan persembahan terbaik kami pada hari tu.. kami menang 19-2... syukur alhamdulillah...

~iktibar makana~
satu lagi ujian yang harus kami tempuhi dalam ketidaksedaran semua... ujian kekalahan dan kemenangan... ujian yang cukup getir menunggu kami disetiap penghujung perlawanan... kekalahan menjadi ujian kami yang pertama... setakat manakah REDHA kamu pada takdir Allah? setakat manakah kamu mengambil pengajaran dari apa yang telah berlaku..?? itulah kehidupan.. perjalanan harus diteruskan dengan strategi yang lebih berkesan... we being test physically and mentally..? how are you going to face this?? CHEMISTRY kami teruji... eye contact, communication, body contact, drop ball, gerak kaki...semuanya menjadi ujian buat kami.. setakat mana 'alert' nya kami dengan semua ini di dalam 'peperangan' ini??
FMeD menanti kami..? how are you going to face them? what is your strategy? hmmm,, disinilah konsep 'don't judge a book by its cover' dipraktikkan... ukhuwah yang terjalin bukan semudah itu diputuskan.. lebih2 lagi jika terjalin dengan aqidah dan tujuan yang satu... walaupun mereka senior kami namun perlawanan yang tetap diteruskan... kami memandang ini sebagai satu peluang lagi buat kami untuk lebih rapat dengan mereka bukannya makin menjauh... kemenangan datang menguji iman kami... riakkah kamu dengan kemenangan itu?? takburkah kamu?? kemenangan mungkin satu nikmat , ia juga boleh jadi satu ujian namun ia cukup membangkitkan semangat kami.... medan FPBU menanti, apakah persediaan kamu?? dimanakh konsep tawakkal kamu letakkan?? fikir2kanlah....

******************************************************************************

3++pm
~semi final~
PT VS FEM
FST VS FKP

~final~
PT VS FKP( 3rd n 4th place)
FST VS FEM (1st n 2nd place)

~final result~
FST (JOHAN)
FEM(NAIB JOHAN)
FKP(KETIGA)
PUSAT TAMHIDI

Alhamdulillah... setinggi2 kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi.... walaupun pelbagai KONFLIK berlaku, namun kita berjaya mengalahkan beberapa fakulti dan berjaya menduduki tempat keempat... walaupun sepanjang match berlansung, timbul pelbagai ketidakpuasan hati, namun belajarlah menerima... Allah lebih mengetahui apa yang terbaik bagi kita semua... 
jutaan terima kasih ditujukan kepada tc Faeza yang banyak membantu kami dan menyokong kami dari belakang, tidak lupa kepada rakan2 seperjuangan yang menyokong dan mendoakan kami, juga kepada sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.....

"MAJULAH SUKAN UNTUK USIM"

3 comments:

~cik fitriah~ said...

salam...syabas! report yg baik..bagus..habis term2 bio ko masukkan eak...demam bio dowh!syabas lell a.k.a MR LALA!!

Anonymous said...

mr lala 2 jugak... esok ak xtaw la cane... huhuhu... bio ak!!!! 3 kingdom...huhuhu.. ak xbaca ape2 lagi.. mtop2 malam ni ak mimpi soklan bio...

~cik fitriah~ said...

WEH..POST SAL FUTSAL LOP...MANAGER FUTSAL!!

PERKENALKAN

Create your own banner at mybannermaker.com!

I made this widget at MyFlashFetish.com.