1. Sombong
Ø Diberi penghidupan tetapi tidak mahu sujud kepada penciptaNya.
2. Mati hati
Ø Orang yang diberi petunjuk namun tiada apa-apa kesan untuk bertaubat.
3. Dungu
Ø Tidak mahu melakukan ibadat tetapi menyangka Allah tidak akan menyeksanya.
4. Kuat
Ø Menahan kemarahannya ketika dalam marah.
5. Lemah
Ø Orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya,tetapi tidak terdetik kemarahan melihatnya.
6. Bakhil
Ø Orang yang berat lidahnya untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W
7. Buta
Ø Orang yang tidak mahu membaca dan tidak menelitikan kebesaran Al-Quran dan tidak mahu mengambil pengajaran.
8. Tuli
Ø Orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkan.
9. Sibuk
Ø Orang yang tidak mengambil berat akan waktu solat seolah-olah mempunyai kerajaan yang besar seperti Nabi Sulaiman.
10. Manis senyuman
Ø Orang yang ditimpa musibah lalu menjawab “innalillahiwainna ilahi raji’un”
11. Menangis air mata mutiara
Ø Orang yang bersendirian lalu ingat akan kebesaran Allah dan menyesal akan dosa-dosanya lalu menitikkan air mata.
12. Kaya
Ø Bersyukur dengan apa yang ada.
13. Miskin
Ø Orang yang tidak bersyukur dengan apa yang ada.
14. Rumah yang luas
Ø Orang yang mati membawa amal kebajikan di mana kuburnya diperluas saujana mata memandang.
15. Rumah yang sempit
Ø Orang yang mati membawa amal keburukan di mana kuburmya disempitkan sehingga tulang rusuk kanan bertemu dengan tulang rusuk kiri.