Thursday, November 25, 2010

::e-x-a-m-s-y-m-p-t-o-m-s::

semangat nak exam..yeah!




assalamualaikum...salam dari bumi al-quds....

sebelum tuh, aku nak mintk maap dulu coz sepnjg minggu nih aku duk memerhati korg(elquatro)
heee...

sebab pe??

sebab aku tensen study...huk2.. n bile tgok glgt korang yg semngat dalam perjuangan, aku kembali semangat... THANX kengkawan ^^
(tapi kengkdang tensen gak cz napela aku takleh semgt cam korang)


k..kembali ke tujuan utama..
aku saje saje je rase nak menulis di ptg2 hari ni..(post di ditulis lps blik kelas arab)
ptg2 pas blik kls, aku takprnh study pun... bukan masa yg sesuai untuk study..bg aku la::

huh..byk la plak melencong..sori2...

aku nak list beberapa perkara yg aku nampk-perhati-selami spnjg mggu2 nk dekat exam ni.hu.. ni sekadar suke-suki... bkn glgt korg je, tapi termasukla glgt tuan empunya incisor-canine-premolar-molar ni sendiri..ngee~~



::SUNYI::
ergh???
yerr.... al-quds cam diserang garuda yang comel..(erkk..ade kaetan???)
mmg senyap la kelas aku tuh.. semua duk ngadap buku... kalo dengar bunyi pun, dengar bunyi buku n lecture note dibelek je.. bayangkan betapa senyapnya!cam takder org pun ader gak...kalo der yg bincg ngn partner sebelah pun leh dgr semua pe yg diorg bncg..hoho...<kejadian ni di waktu pagi>


tapi, bile dah tghhari sket, bising la blik..ngee..(mane leh sunyi oi.. tak CERIA la ELQUATRO t!)




::PEN DUA FUNGSI::

ngee... selain digunakan untuk menulis, pen juga digunakan untuk mengetuk parietal bone,frontal bone.. kdg2 tuh zygomatic bone pun ader gak.. yooo..mcm2! mane la tau ngan care nih leh cepatkan lagi kefahaman...hee..tapi sebenarnye cara nih untuk meningkatkan peratus fokus dalam pembelajaran..KOT!



::GARU2::

huish! pe tuh??
garu kpala la..kalo garu kpla, sape lagi kan?? yg leh nmpak rambut la... ngee~ (paham ke tak ntah!)susah sgt kot nk phm tuh smpai garu2 kpla yg tak gatal..ke tak sempat sympu rmbut??ngee...tak kot.. semua ELQUATROkan PEMBERSIH :)



::TEGANG::

suasana tegang-kulit muka tegang.. duk pikaiq la sgt tuh smpai depa semua duk berkerut dhi.. <hoo..ingat senang ke nak pahamkan sesuatu topik nih??>



::ZOMBI::

hoo. ni tak la ketara sgt.. tapi ade la kot.. duk study lewat2 malam.. tidor tak cukup, cmni la jadinye...



::BAKAT::

ngee.. ni yg tak leh blah nih...keluarkan bakat terendam,.. melalak nyanyi ikut lagu..tu bile "sumat" ngat la tuh.. duk karoakae tengah2 malam.. aiiyyoo... macam2 pe'el laa.. hee.. t kalo nk kroekae lagi, leh r ajak aku!haha~



::TARZAN::

(paham ke tak ntah weeyhhhhh!)



::GAYA STUDY YANG PELBAGAI::

-kuak lentang-kuak kupu2-meniarap-baring-bertongkatkan dagu-duduk besila-dudk besimpuh-dudk berlanjur-
bak kate ustazah aku.. nak hbiskan 1 buku tuh, memerlukan byk gaya!
mmg byk gaya la..padahal study satu subjek je tuh. kalo byk subjek, lagi byk la gayanya...



::24 HOURS WITH NOTE::

-kat meja makan pun der yg bwk nota..aiyyy!!-
TIDUR bersama buku.. jangan buku yg tebal gedabak tu bertukar jadi buku geografi dah laa...



ketinggian buku2 di tepi bantal dah sampai paras pinggang..<hiperbola sket> tak sempat bce pun, harap ilmu leh serap mse tido takpe dah..ngee~



::BERBONDONG-BONDONG KE LIBRARY::

aku tak termasuk la.. huu.. kau bukn kaki lib kot.. grrr.. tapi aku bgga la, sbb byk kali g pinjm buku..kalo berbanding ngn zaman tamhidi dulu, SEKALI HARAM TAK PERNAH PINJAM..ngge @__@



::KESELAMATAN RUMAH LEBIH TERJAMIN::

ada kaitankah???
ade2.. coz stiap waktu mesti ade org yg tak tido.. cam bergilir2 tido.. yg tuh nak tido, yg tuh baru terjaga...yg bru terjaga tuh nk tido blik, ade pulak yg lain bgun.. cam bergilir2 la kan....



erghh...
ade lagi kot symptom2nye.. tapi aku mls daa nak tulis.. nanti sape2 yg rjin leh la smbung tulis.. huhu....

ni la ragam2 rakan2 yg aku dpt tgok mase exam dah nak tunjuk taringnye...grrr,,,

k r.. tu je.. sori sekali lagi ye.. aku mmg tak reti nak mengarang..mengarut reti la.. ::PEACE::^^

p/s: study2 tuh, doa2kan la aku kuat semangat cam korang :)

:::SELAMAT BERSTUDY WEEK.. DOAKAN KEJAYAAN BERSAMA:::




aktiviti kita bersama..

aktiviti bersama-sama sememangnya best..

salam aidiladha kepada pembaca semua..(walaupun rasa macam agak terlambat)

nak update aktiviti yang telah pun kita sama-sama lakukan semalam
iaitu aktiviti maraikan hari jadi sahabat kita, rufaidah

pada mulanya, penulis bersama beberapa sahabat sedang membaca surat khabar di library kesayangan.. (demi memberi publisiti, sahabat itu adalah qoo, piqa, dan yaya)

tiba-tiba, seorang sahabat bernama asma datang dan mengingatkan kami tentang ulang tahun kelahiran Rufaidah..

bukan niat kami untuk membuat jahat atau nakal, tapi adalah semata-mata untuk memberikan kenangan kepada rufaidah untuk mengingati kami..hehe

maka, satu perancangan yang agak rapi, telah dilakukan
penulis dan qoo sanggup menaip borang penyertaan futsal terbuka 2010 (kononnya)
di library..

kisahnya, saudari rufaida adalah salah seorang pemain tetap di kejohanan itu, dan yang amat mengecewakan adalah, kejohanan itu berlangsung pada 3 hari sebelum peperiksaan kami..final pulak tu.. anda bayang kan , kalau anda berada di tempat saudar rufaidah, apakah reaksi anda??

adakah anda akan menjerit menyatakan TAK MAHU
atau anda PASRAH sahaja??

demi menjadikan hal ini nampak sangat real dan serius, kami telah berjaya menculik seorang senior yang memang terlibat dalam sukan..
beliau lah yang membuat pengumuman di kelas kami

penulis ingin meminta maaf kepada rufaida serta beberapa orang sahabat lain yang tidak mengetahui rancangan ini,
mana tak nya, kalau semua orang tahu, tak nampak real lah kan??

malam tadi, akhirnya rahsia ini telah dibongkarkan, setelah siap persediaan juadah..
kek..dan kek..dan kek..

penulis ingin menyatakan kesukaan sangatnya kepada semua sahabat, kerana penulis rasa sudah lama tidak berkumpul sama-sama dan bersama-samalah..

sekian, kepada yang ada mengambil gambar, dialukan untuk upload, maklumlah, penulis hanya memiliki sebuah henfon yang bisa memecahkan batu kalau dibaling..(gurauan semata..)

spenulis sayang kepada sahabat semua..


Wednesday, November 24, 2010

lelaki dan perempuan itu..




Sungguh, lelaki dan perempuan MUSLIM,
lelaki dan perempuan MUKMIN,
lelaki dan perempuan yang tetap dalam keTAATan,
lelaki dan perempuan yang BENAR,
lelaki dan perempuan yang SABAR,
lelaki dan perempuan yang KHUSYUK,
lelaki dan perempuan yang berSEDEKAH,
lelaki dan perempuan yang berPUASA,
lelaki dan perempuan yang memelihara KEHORMATANnya,
lelaki dan perempuan yang banyak menyebut nama Allah (ZIKRULLAH),
Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.
(Al-Ahzab:35)

Saturday, November 20, 2010

KU TINGGALKAN DIA DEMI ALLAH..



Dengan nama Allah... sebaik-baik Pemberi Ganjaran.

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria.

Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan,
Kerna jawapannya bukan di tanganmu,
Tetapi di tangan-Nya.
Di tangan Tuhan kita; Allah,
Tuhanku dan Tuhanmu.

Gelisahku memikirkan dirimu,
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku,
Aduhai pria,
Maafkan aku,
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu.

Jemput diriku pabila waktunya tiba,
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia,
Akan kucipta cinta bersama Dia,
Sebelum kucipta cinta antara kita.

Jadilah dirimu kumbang yang hebat,
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar,

Untuk itu, Aku tinggalkan dirimu pada-Nya

Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu,
Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya,
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.

Usah bersedih atas perpisahan sementara ini,
Jika benar aku tercipta untukmu,
Tiada apa yang dapat menghalangnya,
Sebelum saat itu tiba,
Berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan,
Mohonlah padanya dengan penuh mengharap.

Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga) [Surah An Nur: 26]

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu,
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata,
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti.

Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu,
Daripada yang sekarang (permulaan),
Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
Lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Surah Ad dhuha: 4 & 5]

Beruntunglah kamu!

Tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita

Allah memilihmu!
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini.

Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[Surah As Syams: 8-10]

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
Maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Surah Fussilat: 30]

Dan tika kamu merasa lemah,
Mohonlah kekuatan dari-Nya,
Allah itu dekat,
Yakin pasti.

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
Maka mohonlah perlindungan kepada Allah,
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [Surah Fussilat: 36]

Kamu dan aku adalah intan terpilih,
Berdoalah aku kuat dan tabah untuk menjaga kilauanku,
Berdoalah tiada sang kumbang durjana merosakkannya sebelum yang halal tiba,
Aku juga sentiasa mendoakanmu agar dalam peliharanya,
Sentiasa.

Thursday, November 18, 2010

wahh~cayalah USIM..=)


LAMAN WEB USIM TERIMA PENARAFAN LIMA BINTANG


Petaling Jaya, 11 November 2010 – Rangkaian sosial seperti blog, Facebook, Twitter dan Wikis merupakan saluran media yang semakin mendapat perhatian rakyat pada masa kini.


Justeru itu, Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDec) mengambil inisiatif memberi pengiktirafan dan penarafan bintang kepada portal dan laman web kerajaan dalam Penilaian Portal dan Laman Web 2010 (MGPWA) baru-baru ini.

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah terpilih dari 101 portal dan laman web agensi kerajaan yang menerima penarafan lima bintang daripada Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDec) atas kejayaan memberikan maklumat dalam talian yang informatif dan efektif. Selain USIM, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) turut menerima pengiktirafan tersebut bagi kategori universiti.

Ketua Pegawai Eksekutif MDec, Y.Bhg. Datuk Badlisham Ghazali berkata, media sosial merupakan saluran terbaik bagi kerajaan berkomunikasi dengan rakyat.

“Disamping itu, memberi peluang kepada rakyat untuk berinteraksi dengan kerajaan dalam memberi pendapat dan idea bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan”, katanya semasa berucap di majlis penyampaian anugerah.

Sebanyak 1054 portal dan laman web kerajaan telah di nilai oleh MDec dan sejumlah 101 portal dan laman web terpilih menerima penarafan lima bintang. Antara agensi kerajaan yang menerima penarafan lima bintang adalah Kementerian Penerangan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Perbadanan Putrajaya dan Arkib Negara Malaysia.

Penilaian ini merupakan satu tanda aras terhadap laman web kerajaan dalam menyediakan informasi dalam talian yang berkesan dan terbaik.

Anugerah penarafan lima bintang telah disampaikan oleh Y.Bhg. Datuk Badlisham Ghazali dan USIM diterima sendiri oleh Naib Canselor, Y.Bhg. Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda.

Oleh :
Siti Maizatul Akmar Ismail
Pembantu Wartawan
Unit Komunikasi Korporat
Tel : 06-7988025/8026/8027/8028

Gambar oleh : Kamarull Syamzari Kamaruddin (Tel : 06-7988058)

artikel dipetik dr usim.edu.my

p/s: banggakah anda menjadi warga USIM?? tentu sekali ya! haha..

kan best klu nnt ade berita " THE GIGI STORY terima anugerah blog terbaik"

hehe~

Tuesday, November 16, 2010


ingin sy katakan d sini


"1st time sign in bl0g w0oo0uuu"


hye geng


sekian~

Cabaran Kehidupan


Hidup ini cukup indah. Penuh dengan misteri. Kata orang warna-warni. Adakalanya kita berduka, ada juga masanya kita gembira. Yang penting, dalam apa jua keadaan sekalipun, sentiasa ingat kepada Sang Pencipta, Allah s.w.t. Syukur dan sabar; 2 rahsia kejayaan.

Aku melontarkan pandangan ke laur tingkap. Cuaca begitu terang sekali. Ramai sungguh orang keluar menikmati teriknya mentari. Kukira di Malaysia situasinya berbeza. Kita menunggu sang suria beredar barulah kita menampakkan diri. Benar kata orang, kita hanya menghargai sesuatu itu bila kita kehilangannya.

Ok. Kali ini ingin aku kongsikan perbualanku dengan Mr. X tempoh hari.

Kala itu kami sedang menikmati hidangan istimewa di sebuah restoran.

"Pelik betul manusia ni, asyik mengeluhhhh je," Mr. X memulakan bicara.

"Mm..biasa la tu..apa yang peliknya?" Aku menjawab.

"Keluhan tidak menyelesaikan masalah... malah melambatkan proses menyelesaikan masalah."

"Well... bagaimana kalau keluhan itu adalah sebahagian dari proses menyelesaikan masalah?" Aku cuba menghangatkan sedikit perbualan.

"Jika begitu, kita perlu lihat semula kepada sirah.. ingat Khabbab Al-Art?"

Aku menganggukkan kepala. Khabbab Al-Art merupakan orang yang meminta Rasulullah s.a.w. berdoa supaya dilepaskan daripada kezaliman arab Quraisy. Lalu Nabi s.a.w mengingatkan Khabbab akan betapa umat terdahulu ujiannya jauh lagi hebat daripada ujian yang mereka hadapi ini.

"Masalah ni takkan habis... masalah ini akan sentiasa datang sebab kita ini hidup. Bukan hidup-hidupan," Mr. X menyambung bicaranya.

Aku mengiyakan. Tidak mahu menganggu ucapan Mr. X.

"Kereta hanya ada masalah jika kereta tu bergerak. Kalau dok kat umah je, memang tak jumpenya lampu isyarat, polis semua tu. Yang penting adalah kita kena persiapkan diri kita untuk menghadapi masalah ini. Kita di sini untuk menyelesaikan masalah, bukan untuk mencipta masalah."

"Setuju. Dan semakin matang kita semakin besar cabarannya. Cabaran membawa kereta tak sama seperti cabaran membawa lori," aku memotong Mr. X. meminjam analogi yang sama.

"Bagus.. Allah tidak akan memberikan sesuatu di luar kemampuan kita. Fikir dan zikir!" Mr. X menjawab sambil tersenyum.

Cabaran itu akan sentiasa hadir. Dan itulah gunanya kita, manusia yang dikurniakan akal untuk berfikir. Namun harus diingat, kata Hamka, hujung akal adalah pangkal agama. Akal ini ada hadnya.

- Artikel iluvislam.com

PERKENALKAN

Create your own banner at mybannermaker.com!

I made this widget at MyFlashFetish.com.