Monday, May 16, 2011

yang mana satukah aku??

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.


p/s: ayuh kawan2 siiru 'ala barakatillah..

Sunday, April 24, 2011

pertama kali

assalamualaikum kwn2 semua

ni kisah pertama kali aku dan kwn2 semua

pertama kali aku dapat tau aku dapat dental
bila MIZA tolong tgok kan aku nya result (as kat rumah aku xde internet)

pertama kali aku datang kat nilai under grad ni
aku kenal ANIS sebab dia roomate aku buat 2-3 hari

pertama kali aku dtg kat pandan ni
aku dengan MIYE dah TER skip aktiviti orientasi

pertama kali aku masuk kelas,
aku semangat nak belajar dengan QOO, AIN,

pertama kali aku aku masuk rumah kat glenview
aku mengenali DYB, DIBA, MIRU, ASMAA, TIEN, NORA, MIRA,
RUFAIDA, MARYAM, KAK YAH,

pertama kali buat sesi perkenalan dalam kelas
aku kenal JILIN, SAFWA, MAISARA, QIJO, AINUL, LAILA, NINI, YAYA, PEQA,
REDZU, SHAHID, MUSLIM, AKMAL, KAK KAI, FARIZAN



terima kasih kerana pertama kali ini
good luck semua~

Tuesday, April 12, 2011

i left this note to tell you that i love you



bilamana keyakinan kita adalah keyakinan yang tertinggi kepada ALLAH

segala yang sempit akan menjadi lapang

yang sulit menjadi senang

dan jiwa yang resah menjadi tenang




teguhlah dijalanmu wahai jundullah islam

usah diminta diperkecilkan ujian

tapi pinta agar dikuatkan iman menghadapi ujian

kerana ujian sebagai medan untuk mendidik dan mentarbiyyah diri

sebagai hadiah dari Pemberi

sebagai tanda kasih sayang Ilahi





ukhtiku,

bersyukurlah andai diri masih diuji

kerana hati ini masih diberi peluang untuk menerima hidayah melalui ujian-ujianNya





bangkitlah, wahai muslimah jundullah!

teguhlah sayangku.

cintaku sentiasa bersamamu....




Sunday, April 3, 2011

la tahzan



setiap keletihan, penyakit, kegelisahan, kepedihan,
perlakuan jahat dan kegalauan
yang menimpa seorang muslim

sehingga tertusuk duri sekalipun
semua itu akan menyebabkan
ALLAH
menghapuskan kesalahan (dosa-dosanya)

-hadith riwayat bukhari, muslim, tirmidzi dan ahmad-


Tuesday, March 29, 2011

ALAM DAN SYUKUR

SUBHANALLAH..ALHAMDULILLAH..ALLAHUAKBAR...

SUBHANALLAH..ALHAMDULILLAH..ALLAHUAKBAR...

SUBHANALLAH..ALHAMDULILLAH..ALLAHUAKBAR


Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami, adalah orang-orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat (Kami), mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhannya, sedang mereka tidak menyombongkan diri. (As-Sajdah 32:15)

Syukur Nikmat Allah

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Nabi saw bersabda yang maksudnya : "Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripadamu dan jangan melihat kepada orang yang lebih tinggi. Itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu". (Bukhari)

Selaku insan mukmin, kita tidak harus menyalahkan apa sahaja pemberian Allah SWT apalagi menghinanya kerana jika dihitung-hitung nikmat Allah, nescaya kita tidak akan sanggup menghitungnya lagi disebabkan terlampau banyak nikmat tersebut termasuklah pemberian yang tidak kita sedari. Oleh itu jangan kita merasa kesal atau kecewa dengan ciptaan atau pemberian Allah sama ada kita mengalami kecacatan, kekurangan dan sebagainya.

Hal ini kerana jika kita mengeluh terhadap-Nya, padahal kita sedang menikmati rahmat-Nya, itu bermakna kita tamak dan menutup mata atas nikmat yang telah kita miliki selama ini dan hal demikian akan menjerumuskan kita ke lembah kekufuran serta mengundang kemurkaan Allah sehingga tiba suatu masa kelak, Allah SWT akan menarik semula segala nikmat pemberian-Nya itu dan menggantikannya dengan kesusahan. Ketika itulah kita akan menyesal dan celik akan hakikat sebenarnya.

Sesungguhnya sebahagian besar musibah yang menimpa manusia adalah disebabkan oleh keluhan-keluhan mereka terhadap-Nya sedangkan Allah itu Maha Pengasih, Maha Adil dan lemah-lembut terhadap hamba-hamba-Nya. Oleh itu dalam apa juga perkara kita hendaklah bersifat qana'ah dan sentiasa bersyukur di samping berusaha dan bersabar kerana Allah berfirman yang maksudnya: "Boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahui". (Surah al-Baqarah : Ayat 216)

أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُسَبِّحُ لَهُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالطَّيْرُ صَافَّاتٍ كُلٌّ قَدْ عَلِمَ صَلَاتَهُ وَتَسْبِيحَهُ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ
"Tidakkah kamu tahu bahwasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui (cara) sembahyang dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan."(An-Nur 24: Ayat ke 41)

Wednesday, March 2, 2011

WELCOME TO USRAH


ahlan wasahlan wa marhaban bikum.smoga ini dapat memberi manfaat kepada semua dalam pentarbiyyahan.

Rasulullah s.a.w berkata,. “Ballighu anni walau ayaah”.
[sampaikan dariku walau seayat]

Bila sebut usrah, mestilah membawa maksud keluarga.

Apa yang uniknya usrah ni, sehingga mereka yg mcintai agama merasakan hidup tak lengkap tanpa mangadakan usrah?

♥ Usrah merupakan 1 keluarga di mana, di situ kita duduk bersama adik-beradik yang lain membincangkan isu-isu duniawi, ukhrawi di samping bertukar-tukar fikiran. Di situlah juga medan kita meluahkan perasaan dan pada saya seperti satu medan untuk mengecas bateri diri selepas sibuk belajar dan berprogram.

Mereka yang rigid akan menganggap usrah ini adalah medan diskusi ilmiah sahaja. Walhal sebenarnya, usrah tidaklah tertakluk kepada perkara-perkara ini, tetapi ia termasuklah aktiviti riadah dan sebagainya.Usrah boleh dibuat dimana-mana sekali pun termasuk di tepi sungai,taman dan sebagainya untuk mencari kelainan bukan hanya rigid di masjid,kelas pembelajaran ataupun di surau.malah di laman fb ini juga(^_~)

mereka yang mencintai majlis usrah, akan merasakan usrah adalah Tempat melepaskan lelah. Tempat meluahkan segalanya.Sebab usrah merupakan tempat kita bertukar-tukar fikiran dan pendapat di samping kita memdapat ilmu.


RUKUN USRAH
Usrah mempunyai 3 rukun iaitu, taaruf, tafahum dan takaful.
taaruf bererti berkenalan antara satu sama lain ^_^.
tafahum pula saling memahami antara satu sama lain..
selepas kita mengenali sahabat2 kita itu dan memahaminya lantas inshaallah kita dapat saling bantu membantu(takaful)..
mashaallah lengkaplah rukun usrah,inshaallah usrah yg kita lakukan walau hanya terdiri drp 2 orang ahli sahaja mendapat keberkatan malah usrah yg dinaungi para malaikat itu dapat mengeratkan ukhwah islamiyyah antara kita seterusnya menjadikan kita senang dan sayang dengan usrah kita.

apa beza usrah antara majlis ilmu yg lain seperti kuliah,ceramah dan lain2 ???

keistimewaan usrah ini apabila ia turut berbeza dgn majlis ilmu yg lain yg kbanyakn satu hala sahaja,iaitu ahli mendengar naqib berucap.
mashaallah indahnya usrah kerana rukunnya mjadikan kita lebih rapat dan lebih memahami antara satu sama lain(^_^)

inshaallah

Tuesday, March 1, 2011

kaulah lambang cinta sejati...







Saidatina Khadijah: Contohilah Dia Wahai Wanita


Rasulullah SAW bersabda; "Berhati-hatilah kalian daripada godaan dunia, dan waspadailah terhadap wanita, sebab fitnah pertama yang menimpa Bani Israil adalah fitnah wanita" - Hadis Riwayat Muslim


"Tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi seorang lelaki daripada (fitnah) wanita." - Hadis Riwayat Bukhari


Apabila membicarakan tentang fitnah wanita, bukan bermakna wanita itu jahat dan sukakan keburukan.

Tetapi apa yang dimaksudkan ialah keadaan mereka itu mampu menjadikan lelaki lupa daratan dan apabila usaha pencegahan tidak dilakukan, akan berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini.

Ini sudah pasti apabila lelaki yang berkenaan tidak berhati-hati. Bagaikan binatang ternak yang memakan rumput berdekatan dengan padang larangan, adalah mudah bagi binatang itu memasuki kawasan tersebut.


Dan pada hari ini juga, kita dapat lihat wanita-wanita Islam semakin ramai antara mereka yang terhakis akhlaknya seterusnya menghilangkan identiti Muslimah sebenar daripada diri mereka.


Dengan ini, saya ingin mengajak kita semua, tidak kira kaum lelaki dan kaum wanita untuk sama-sama menyelusuri kisah kehidupan seorang wanita yang kehidupannya banyak dijadikan sebagai tulang belakang pendokong seorang lelaki.

Siapakah wanita itu? Semestinya dialah Saidatina Khadijah RA. Isteri tercinta seorang lelaki, Nabi Muhammad SAW.

Mengapa saya ingin bawakan kepada wanita-wanita sekalian akan kisah wanita ini?

Kerana hakikatnya juga, wanita-wanita pada hari ini lebih menjadikan artis-artis sebagai idola dan pujaan hati dalam diri mereka untuk dicontohi.


"Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik dari dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan darinyalah aku mendapatkan keturunan."


Begitulah Rasulullah saw berkata tentang keperibadian Khadijah, isterinya.


Seorang isteri sejati, muslimah yang dengan segenap kemampuan dirinya berkorban demi kejayaan Islam

Siti Khadijah berasal dari keturunan yang terhormat, mempunyai harta kekayaan yang tidak sedikit serta terkenal sebagai wanita yang tegas dan cerdas.


Bukan sekali dua kali pemuka kaum Quraisy cuba untuk mempersunting dirinya.

Tetapi pilihannya justeru, jatuh pada seorang pemuda yang bernama Muhammad, pemuda yang begitu mengenal harga dirinya, yang tidak tergiur oleh kekayaan dan kecantikan yang dimiliki oleh Saidatina Khadijah Khuwailid RA.

Saidatina Khadijah RA merupakan wanita pertama beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

Beliau banyak membantu dan memperteguhkan tekad Rasulullah SAW melaksanakan risalah dakwah.

Beliau sentiasa berusaha meringankan kepedihan hati dan menghilangkan keletihan serta penderitaan yang dialami oleh suaminya dalam menjalankan tugas dakwah.

Inilah keistimewaan dan keutamaan Khadijah dalam sejarah perjuangan Islam.


Beliau adalah sumber kekuatan yang berada di belakang Rasulullah SAW. Adakah ramai wanita-wanita yang bergelar isteri di luar sana mencontohi sebagaimana peribadi Ummul Mukminin ini?

Sanggup bersusah-payah bersama suami meskipun seorang yang kaya-raya... Dan adakah wanita-wanita di luar sana, yang bakal bergelar isteri, sudah bersedia mencontohi peribadi Ummul Mukminin ini?

Apabila ditanya tentang Siti Khadijah RA akan perpisahan Rasulullah SAW atas pemergiannya, Rasulullah SAW menjawab, "Ya! Sesungguhnya Khadijah adalah pentadbir dan suri rumah yang terbaik."

Buat wanita-wanita yang membaca dan berkongsi pandangan bersama, Apakah ada wanita lain yang dapat menyambut sedemikian baik peristiwa bersejarah yang berlaku di Gua Hira seperti yang dilakukan oleh Khadijah kepada suaminya?

Apa yang dikatakan oleh Khadijah kepada suaminya pada saat menghadapi peristiwa besar itu menunjukkan betapa besarnya kepercayaan dan kasih sayang seorang isteri kepada suami yang dilandasi iman yang teguh.

Sedikit pun Khadijah tidak berasa ragu-ragu atau syak di dalam hatinya.


Persoalannya, dapatkah kita jika sebagai suami dan isteri berlaku demikian untuk diri dan tugas masing-masing?

Khadijah berusaha menabahkan hati suami yang ditaatinya dengan berkata, " Wahai kekanda, demi Allah, Tuhan tidak akan mengecewakanmu kerana sesungguhnya kekanda adalah orang yang selalu memupuk dan menjaga kekeluargaan serta sanggup memikul tanggungjawab.

Dirimu dikenali sebagai penolong kaum yang sengsara, sebagai tuan rumah yang menyenangkan tamu, ringan tangan dalam memberi pertolongan, sentiasa berbicara benar dan setia kepada amanah."

Sememangnya, wanita-wanita yang begitu tinggi darjatnya dalam Islam dalam lipatan sejarah suatu masa dahulu semakin dilupakan.

Kesetiaan yang mendorong kegigihan

Mari kita teliti, fahami serta hayati beberapa gambaran kesetiaan Khadijah yang telah membina kekuatan pada diri dan kehidupan penegak risalah Islam itu.

Sepanjang hidupnya bersama Rasulullah SAW, Khadijah begitu setia menyertai baginda dalam setiap peristiwa suka dan duka.

Setiap kali suaminya ke Gua Hira, beliau pasti menyiapkan semua bekalan dan keperluannya. Seandainya Rasulullah SAW agak lama tidak pulang, beliau akan meninjau untuk memastikan keselamatan baginda. Sekiranya baginda khusyuk bermunajat, beliau tinggal di rumah dengan sabar sehingga baginda pulang.

Apabila suaminya mengadu kesusahan serta berada dalam keadaan gelisah, beliau cuba sedaya mungkin mententeram dan menghiburkannya sehingga suaminya benar-benar merasai ketenangan.

Setiap ancaman dan penganiayaan dihadapi bersama.

Malah dalam banyak kegiatan peribadatan Rasulullah SAW, Khadijah pasti bersama dan membantu baginda seperti menyediakan air untuk mengambil wuduk.

Kecintaan Khadijah bukanlah sekadar kecintaan kepada suami, sebaliknya yang jelas adalah berlandaskan keyakinan yang kuat tentang keesaan Allah SWT.

Segala pengorbanan untuk suaminya adalah ikhlas untuk mencari keredaan Allah SWT.

Allah Maha Adil dalam memberi rahmat-Nya.

Setiap amalan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan pasti mendapat ganjaran yang berkekalan.


Firman Allah yang bermaksud:

"Barang siapa yang mengerjakan amalan saleh, baik lelaki mahupun wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan." - An-Nahl: 97


Janji Allah itu pasti benar. Kesan kesetiaan Khadijah bukan sekadar menghasilkan kekuatan yang mendorong kegigihan dan perjuangan Rasulullah SAW, malah membawa barakah yang besar kepada rumah tangga mereka berdua.

Anak-anak yang lahir juga adalah anak-anak yang soleh.

Keturunan zuriat ahlul-bait Rasulullah SAW merupakan insan yang sentiasa taat melaksanakan perintah Allah SWT.

Semua ini menghasilkan kekuatan yang membantu meningkatkan perjuangan Islam.


Wahai lelaki, wanita bagaimanakah yang kamu hajatkan sebagai pasangan hidup, tulang belakang (pendokong) hidupmu dan pembimbing anak-anakmu?


Wahai wanita, suami yang bagaimanakah peribadinya yang kamu inginkan sebagai ketua,pembimbing dirimu dan keluargamu?


Wahai ummah, wanita yang bagaimanakah kita lihat pada hari ini, yang bagaimana kita cari, dan yang bagaimanakah kita puja dan puji?


Moga-moga renungan ini sedikit sebanyak membuka mata buat kaum Hawa dan kaum Adam yang membacanya.

Agar sebagai persediaan buat hari-hari seterusnya.



- Artikel iluvislam.com



PERKENALKAN

Create your own banner at mybannermaker.com!

I made this widget at MyFlashFetish.com.