Sunday, February 6, 2011

~AKULAH PELAJAR UNIVERSITI KEHIDUPAN~




Kalau ditanyakan kepada orang tua, bilakah masanya dalam takah kehidupan ini mereka rasakan terlalu banyak melakukan kesalahan dan kesilapan? Nescaya mereka menjawab, "semasa kami masih muda."


Ya, bila seorang tua menoleh ke belakang, terasa begitu banyak perkara yang sepatutnya dibuat semasa muda, tidak dibuat. Sebaliknya banyak pula perkara yang tidak sepatut dibuat, telah dibuat.

Sayangnya, kebanyakan orang muda tidak menyedari hakikat ini sehinggalah mereka sendiri meningkat tua. Lalu atas kealpaan itu mereka akan mengulangi kesalahan yang pernah dilakukan oleh bapa, datuk dan moyang mereka pada zaman mudanya. Pendek kata, ramai manusia lambat belajar di 'universiti kehidupan' ini. 'Kurikulum' pelajaran yang sepatutnya telah difahami di peringkat muda baru difahaminya hanya apabila kita meningkat tua.

Alam adalah sebuah 'universiti' yang luas dan besar. Setiap manusia adalah para pelajarnya. Dan manusia terpaksa belajar berterusan. Hidup adalah satu siri pelajaran yang tersusun rapi untuk difahami dan dihayati sepanjang hayat. Mungkin ini juga termasuk dalam maksud "tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad."

Jika difahami, pelajaran-pelajaran ini akan memberi panduan dan suluh kehidupan untuk hidup yang lebih tenang dan bahagia. Tetapi sekiranya pelajaran ini gagal difahami, maka hidup akan huru-hara dan kita akan selalu menghadapi keadaan yang tidak menentu.

Kurikulum pelajaran ini pula tersusun mengikut tahap usia dan tempoh kedewasaan seseorang. Justeru, di peringkat muda ada 'pelajaran-pelajaran' tertentu yang perlu difahami benar-benar sebelum menghadapi usia dewasa yang jauh lebih mencabar. Apakah 'pelajaran-pelajaran' itu dan apakah cara sebaik-baiknya mempelajarinya?

Itulah salah satu persoalan penting yang mesti dijawab oleh setiap kita. Jangan sampai pelajaran yang sepatutnya 'selesai' pada usia muda terpaksa dibawa ke peringkat tua. Kalau begitu keadaannya maka rugilah. Samalah seperti pelajar universiti yang terpaksa 'refer' atau 'repeat' akibat gagal dalam peperiksaan semester atau tahunan mereka.

[B]Proses Transisi[/B]

Para remaja adalah kelompok manusia yang sedang melalui satu proses transisi. Mereka telah meninggalkan alam kanak-kanak tetapi belum mencapai alam dewasa. Tahap transisi ini tidak stabil. Umpama air (cecair) yang hendak bertukar menjadi wap (gas), maka molekul-molekulnya terlebih dahulu bergerak dengan cepat dan tidak menentu.

Keadaan itu samalah dengan remaja, pada tahap itu jiwa, akal, nafsu, emosi dan lain-lain elemen-elemen dalaman mereka sedang bergolak. Takah usia ini paling tidak stabil – tercari-cari identiti diri, krisis pemikiran, ingin mencuba, perubahan biologi dan macam-macam lagi.

Dan di tahap ini juga para remaja akan menemui pelbagai situasi dan kondisi – suka dan duka, kejayaan dan kegagalan, permusuhan dan kasih-sayang, sempadan dan teladan. Muncul pelbagai individu dalam hidup mereka dengan pelbagai kelakuan dan sikap. Terjadi bermacam-macam peristiwa dengan membawa pelbagai kesan.

[B]Ada Pelajaran Untuk Difahami Dan Dihayati[/B]

Sesungguhnya semua itu tidak berlaku sia-sia melainkan ada 'pelajaran' yang dibawanya untuk difahami dan dihayati. Para remaja (malah orang tua sekalipun) mesti dapat membaca 'mesej' yang dibawa oleh setiap peristiwa, individu dan keadaan yang berlaku ke atas kita. Jika tidak, kita terpaksa mengulangi pelajaran itu berkali-kali.

Sebab itulah dalam pengalaman kita, sering kita temui orang tertentu yang sentiasa berdepan dengan masalah yang sama. Abu misalnya, akan sentiasa 'pokai' setiap pertengahan bulan dan sentiasa merungut duitnya tidak cukup. Minah, sudah lima kali ditinggalkan kekasih dan mengeluh tidak ada lelaki yang benar-benar memahami perasaannya. Joe pula, telah tujuh kali jatuh motor dan marah-marah tentang nasib malang yang sedang menimpanya.

Anehnya mengapa Mat tidak mengalami masalah 'pokai' seperti yang selalui dialami Abu. Bedah tidak seperti Minah, dia telah pun bertunang dengan lelaki yang pertama dikenalinya? Manakala Samad, cuma sekali sahaja jatuh motor dalam hidupnya dan sekarang sedang selesa memandu Perodua yang baru dibelinya... Apakah yang menyebabkan keadaan atau nasib mereka berbeza?

[B]Cepat Dan Lambat Belajar[/B]

Bezanya ialah ada diantara para kita yang cepat belajar dengan hidup sebaliknya ada di antara mereka yang tidak pernah atau lambat belajar. Yang belajar, akan 'naik kelas' dan layak untuk mengambil mata pelajaran baru yang lebih tingkat dan martabatnya. Yang tidak belajar, terpaksa mengambil mata pelajaran yang sama berkali-kali.

Abu, contoh kita tadi, tidak pernah belajar bagaimana mengurangkan perbelanjaan berbanding pendapatan... dan dia akan mengalami masalah yang sama walaupun kiranya nanti ia menjawat jawatan yang tinggi dan bergaji besar. Manakala Minah, tidak cuba mengenali kelemahan dirinya sendiri sebagai seorang wanita justeru dia sering menemui lelaki yang tidak sepatutnya dia temui.

[B]Pasti Ada Didikan Terus Daripada Allah[/B]

Jadi[B] langkah pertama[/B] supaya kita 'lulus' dalam pelajaran hidup ialah kita perlu [B]akur bahawa setiap yang berlaku di dalam kehidupan ada unsur pengajaran dan didikan buat kita[/B]. Setiap peristiwa, pahit atau manis, setiap individu, baik atau buruk – hakikatnya adalah 'guru' yang mengajar kita. Dan setiap guru itu mengajar sesuatu yang baik, walaupun kadangkala kelihatan pahit, pedih dan sakit kita menerimanya.

Untuk itu, apabila ditimpa sesuatu musibah atau menerima sesuatu nikmat, hendaklah ditanyakan pada diri sendiri, "apakah pelajaran yang di sebalik semua ini?" Pandanglah semua yang berlaku ke atas kita ada tujuan yang tertentu, maka barulah hidup kita sentiasa bertujuan. Kata ahli-ahli sufi, setiap yang berlaku dalam hidup ialah 'mehnah' – maksudnya didikan terus dari Allah.

Mereka berpendapat bahawa apa sahaja yang berlaku dalam hidup adalah ujian dan ujian itu hakikatnya adalah didikan terus daripada Allah. Ahli sufi menambah lagi bahawa jika manusia tidak mampu dididik melalui didikan terus dari Allah (mehnah) maka manusia tersebut tidak akan dapat dididik lagi oleh sesiapaun. Inilah yang ditegaskan oleh Ibnu Attoillah, seorang sufi yang terkenal dalam buku-buku karangannya.

Jika seorang datang membuat kita marah, maka dia adalah 'guru' yang hendak mengajar kita erti sabar. Jika kita selalu 'kesempitan' wang maka itu tandanya kita harus bersedia belajar erti berjimat cermat. Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap.

Begitulah seterusnya dalam apa jua situasi dan masa, kita hakikatnya sedang belajar dan dididik. Memang pada lahirnya, manusia, peristiwa dan kejadian yang sedang bertindak ke atas kita tetapi sedarilah hakikatnya semua itu adalah datang dari Allah. Semuanya berlaku dengan izin Allah, yang dengan itu DIA hendak mendidik kita. Maka terimalah didikan itu dengan baik kerana tujuanNya mendidik pun pasti baik.

Apakah sebenarnya yang menjadi 'tujuan' di sebalik 'pelajaran-pelajaran' yang datang dan pergi dalam hidup kita? Tujuan utama pelajaran dalam hidup ini adalah untuk mengubah kita ke arah yang lebih. Perubahan tidak dapat dielakkan justeru hidup ini sendiri adalah satu proses perubahan yang berterusan.

Sudah menjadi sunatullah (peraturan Allah) yang tidak berubah dalam hidup ini adalah perubahan itu sendiri. Perubahan sentiasa berlaku dan ia diluar kawalan manusia. Kita akan kalah jika kita tidak berubah. Jadi, berubahlah mengikut haluan dan kawalan kita sendiri. Jika tidak, kita juga terpaksa berbuah, mengikut kawalan orang lain atau keadaan sekeliling.

[B]Manusia Umpana Nakhoda Di Lautan[/B]

Manusia umpama nakhoda yang belayar di lautan. Sebagai nakhoda kita punya arah dan destinasi tersendiri. Tetapi tiupan angin, pukulan gelombang dan cuaca tidak selalunya menyebelahi kita. Kekadang arah pelayaran kita ke utara tetapi angin bertiup ke selatan. Kita akan tersasar dari destinasi jika menurut sahaja tiupan angin.

Sebaliknya kita akan patah, jika terus berkeras menentang tiupannya. Jadi, apakah kita menjadi 'Pak Turut' yang terpesong tanpa prinsip dan haluan? Atau bersikap keras, rigid dan akhirnya patah kerana kedegilan melawan gelombang?

Sehubungan itu, bijak pandai pernah berkata, "we can't direct the wind but we can adjust our sail." Ertinya, walaupun kita tidak boleh menentukan takdir yang menimpa tetapi kita diberi kuasa oleh-Nya untuk mentadbir diri kita. Inilah kelebihan manusia, sebagai khalifah.

Kita diamanahkan untuk mentadbir pendengaran, sentuhan, penglihatan, penciuman, penglihatan, fikiran, emosi, hati dan tindakan kita dalam lingkungan takdir-Nya. Oleh itu, dengan segala kuasa dan kelebihan yang ada, kita perlu berubah mengikut arah dan bentuk yang kita pilih dengan izin Allah jua.

[B]Zon Selesa[/B]

Malangnya, ramai manusia yang tidak suka berubah. Ada kita bersikap 'selamba' dan 'relaks' dengan apa sahaja yang berlaku termasuk perubahan yang berlaku pada diri dan sekeliling mereka. Mengapa? Sebab perubahan ertinya hijrah atau berpindah. Setiap hijrah dan berpindah itu menagih kesusahan. Maksudnya, orang yang berhijrah terpaksa meninggalkan zon keselesaan (comfort zone) untuk menuju zon cabaran (courage zone).

Misalnya, anak kecil yang hendak berpindah dari tahap merangkak ke tahap berjalan, tentu terpaksa bertatih-tatih, jatuh bangun, jatuh dan terpaksa mengalami calar-calar dan sebagainya. Namun segala-galanya terpaksa dihadapi demi membolehkan dia berjalan. Apa akan jadi kalau ada anak kecil yang terus selesa merangkak dan tidak mahu belajar berjalan kerana takut cabaran? Tentulah tidak ada perkembangan dalam hidup. Maka begitulah para kita, dengan ujian mereka dituntut supaya berubah, jika tidak mereka tidak akan mencapai tahap kematangan untuk berjaya dalam hidup!

Ringkasnya, pelajaran dalam hidup datang bersama tuntutan perubahan. Jika sudah berkali-kali pelajaran disampaikan, tetapi masih tidak ada perubahan, maka itu bermakna kita gagal dalam peperikasaan di universiti kehidupan kita. Apa yang menghalang kita berubah?

Salah satunya ialah keinginan untuk melihat orang lain, keadaan atau peristiwa di luar diri kita terlebih dahulu berubah. "Aku boleh jadi baik, jika guru dan ibu-bapaku melayanku dengan baik," begitu selalu yang kita dengar. "Kedudukan kewanganku boleh stabil, jika pendapatanku bertambah," kata sesetengah yang lain. "Jikalau aku mengenali seorang lelaki yang beriman, aku akan menjadi isteri yang solehah." "Kalau motorku dari jenis yang mahal, tentu aku tidak terlibat dengan accident lagi!"

Begitulah suara-suara kelohan dan harapan yang selalu diluahkan oleh hati kita. Semuanya, mengharapkan keadaan, individu lain dan peristiwa berubah – barulah kita mahu dan mampu berubah. Sedangkan hukum perubahan tidaklah begitu. Kita mesti berubah dulu, barulah keadaan, peristiwa dan individu lain berubah akibat perubahan kita.

Guru dan ibu-bapa akan melayan kita dengan baik, jika kita terlebih dahulu berusaha menjadi anak atau murid yang baik. Anda berjimat cermat dahulu, barulah kedudukan kewangan anda akan stabil. Anda jadi wanita solehah dahulu, barulah akan ada lelaki beriman yang akan melamar anda. Dan anda perlu baiki dan memandu motor 'buruk' anda dengan baik barulah anda tidak terlibat dengan 'accident' dan akhirnya layak untuk mendapat motor baru yang mahal harganya!

[B]Pelajaran Yang Menuntut Perubahan[/B] [B]Berterusan[/B]

Ingat, setiap kali sesuatu menimpa kita, sama ada baik atau buruk... itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Maka ubahlah diri kita selalu, ke arah yang baik, lebih baik dan cemerlang. Setiap detik, setiap ketika, ada sahaja peristiwa yang akan kita hadapi... maka belajarlah secara berterusan, dan berubahlah secara berterusan... Nanti kita akan mencapai kebaikan secara berterusan pula.

Jangan sekali-kali menangguhkan pelajaran, nanti anda akan menangguhkan perubahan dan akhirnya menangguhkan datangnya kebaikan. Belajarlah di universiti kehidupan semasa masih ada masa lagi, supaya kita tidak diburu penyesalan apabila tempoh pengajian tamat (mati).

Kata pepatah, "belajar sewaktu muda bagai melukis di atas batu, belajar sewaktu tua bagai melukis di atas air." Teringat kata Dale Carnargie, "jangan gergaji abuk kayu!" Dan itulah nasib orang tua yang tidak belajar semasa mudanya!

Buat diri ku dan diri mu, kuaklah tirai hari ini dan ingatkan diri... aku adalah pelajar di universiti kehidupan ini. Hari ini Allah pasti mengajar ku melalui perlakuan-perlakuan manusia lain kepada ku. Dan aku mesti belajar dengan orang lain, kejadian, peristiwa itu – pahit atau manis.

Jika manis, Allah mengajarku erti syukur. Jika pahit, Allah mengajar ku erti sabar. Jika dikecewakan, aku sedang belajar hakikat tawakal. Bila cemas, Allah mengajar ku erti raja' (mengharap). Jika sedikit, Allah mengajar ku erti qanaah (berpada-pada). Ya Allah, lepaskan hati kami dari asbab-asbab ini, agar kami bebas dan tenang berpaut pada 'musabbabil asbab' (Penyebab segala sebab) – wajah-Mu ya Allah.

Pujuklah hati, katakan, didikan ini demi cinta-Nya jua.

Thursday, January 20, 2011

jangan berputus asa..!

"Ah!! Tensionnya!"

"Banyaknya masalah"

"Ada tak orang yang hidup tiada masalah?"

Satu demi satu persoalan mengetuk gegendang telinga saya, jika persoalan-persoalan itu mampu memberi kesan kepada gegendang telinga, pastinya gegendang telinga saya sudah berlubang sekarang! :)

Adakah manusia yang tidak punya masalah?

Bertanya persoalan yang seperti itu, seolah-olah kita bertanya: Adakah manusia hidup yang tidak bernafas?

Benar. Masalah sudah amat sinonim dengan diri seorang insan kerdil lagi hina bergelar manusia. Sedangkan Nabi dan para sahabat juga dicubit sayang oleh Allah, inikan pula kita manusia biasa...

Persoalannya bukan adakah manusia yang tidak ada masalah tapi lebih kepada bagaimana kita menghadapi permasalahan yang ada.

Jika kita cuba lari dari masalah percayalah masalah itu tidak akan pergi.

Berhadapanlah dengannya.

"Sebenarnya... Hidup bila tidak ada masalah jadi mendatar, jadi tidak ada kenangan yang hendak dikenang.. Jadi hambar." Sahabat yang saya kasihi melontarkan nasihat.

"Tapi kan bila ada masalah jadi susah hati, jadi sedih..." Saya menyambung.

"Memanglah, mana ada orang ada masalah suka hati je..."

Saya ketawa. Benar, masalah itu menjadikan hati menjadi murung tapi di sebalik kemurungan itu akan terselit pula kebahagiaan.

Apabila masalah itu telah selesai, percayalah kita pasti mampu tersenyum malah tertawa sewaktu mengenangkannya.

Maka,jangan sesekati berkata: "Oh Allah! Aku ada masalah yang besar!" Tapi berkatalah:

"Oh Masalah, Aku ada Allah yang Maha Besar!"

Allah Pasti Akan Membantu

"Macam mana ni..." Matanya berair, berserta esakan yang perlahan. Hujung tudungnya diambil sedikit buat mengesat air mata yang kian mengalir. Saya gusar. Melihatnya mengalirkan air mata membuat saya tidak keruan.

"Sabar..Sabar.."

Sergahan ustaz tentang hafazan kami membuatkan hati sahabat-sahabat sekelas menjadi kecut. Ah, takut ujian yang diberi tak dapat dijawab dengan baik, takut hafazan tersekat di tengah-tengah.

Memandang sahabat yang sedang menangis itu, entah kenapa secara tiba-tiba saya berasa sedikit tenang, seolah-olah terdengar-dengar janji Allah ;

"Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa," (Al-Hajj :22)

"Ok, cepat cepat!" Ustaz memanggil.

Sahabat saya nan satu itu ke hadapan, bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Beberapa minit berlalu....

Surah An-Naba' dan An-Naziat berjaya dilepasi.

Berjaya pula dia mendapat 10/10.

Oh Allah, betapa Engkau tidak pernah mengecewakan hambaMu yang berusaha!

Jangan berputus asa

"Saya rasa masalah saya ni dah tak ada jalan penyelesaian dah. Buntu."

Ingatkah kita pada firmanNya ;

"jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)

Jangan sesekali berputus asa. Masakan Allah menimpakan ujian dengan sia-sia, masakan Allah sengaja membuat kita sakit dan bersedih.

Sedangkan setiap penyakit itu ada ubatnya melainkan mati, masakan masalah yang kita hadapi langsung tidak punya jalan penyelesaian.

"Saya dah puas cuba macam-macam, tapi...tapi..begini juga."

Nah, lihat kembali dalam diri.. Segala keputusan yang diambil, adakah dikembalikan kepada Allah. Maksud saya, adakah kita redha, adakah segala keputusan dan tindakan yang kita ambil kita bertawakal kepada Allah atau kita merasa yakin dengan diri kita sendiri?

Hakikatnya...Allah timpakan ujian agar kita memuhasabah diri. Allah beri sakit untuk kita menghapus dosa, Allah beri kesusahan agar kita kembali padaNya.

Jika kita menyombong diri...termasuklah kita dalam kalangan orang yang rugi.

Jika kita tidak kembali pada Allah... Terbengkalailah masalah kita dengan seribu persoalan.

Kembalilah... Allah menantimu.

Berusaha dan kemudian serahkan urusanmu pada Allah.

Sungguh, Dia lebih Mengetahui!

Bangunlah, Bangkitlah, Berdirilah..Walau kamu terasa payah, walau kamu terasa seksa.. Kerana hakikatnya Allah akan membantumu. Pasti! Jangan diragui.

Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. (Al-Imran : 159)

Tuesday, January 18, 2011

nilai diriku...

Namun tujuan adalah satu...
Iaitu saat perjumpaan dengan Rabbul A'lamin...

Berakhir seluruh apa yang kita lewati...
Dari kehidupan dunia...
Kepada tujuan tunggalnya iaitu berjumpa dengan Allah...

Hadirin, hadirat...
Ingatlah...akan datang suatu saat...
Bibir kita tidak bisa lagi bergetar menyebut nama Allah...
Di saat itu kita diturunkan ke dalam kubur kita...
Dan wajah kita dibuka...
Dan wajah kita diciumkan ke tembok kubur kita...
Lalu kita dikuburkan dan ditinggal oleh semua kerabat...

Di saat itu tidak ada kekasih...
Di saat itu tidak ada jawatan...
Di saat itu tidak ada harta...

Itulah hadirin hadirat kita sendiri...
Dan di saat itu beruntunglah mereka yang selalu berzikir...
Yang mengingat Allah dan Allah mengingatnya...
Yang merindukan Allah, Allah merindukannya...

Allah masih terus bersabar...
Yang ditunggu adalah hamba pendosa...
Hamba yang hina...yang hidup berasal dari sebutir sel...
Dan akan berakhir sebagai bangkai...
Makanan-makanan haiwan di dalam tanah...
Menanti hambaNya memohon taubat...
Dialah yang Maha Baik...
Dialah Yang Maha Mulia...

Setelah kita diberi kehidupan...diberi jasad...
Lantas Allah meminjamkan pula dunia ini beserta isinya...
Meminjamkan matahari, meminjamkan bulan, meminjamkan daratan...
Meminjamkan haiwan dan tumbuhan, meminjamkan air dan lautan...
Yang kesemuanya adalah milik Allah...
Kita tidak menyewanya, tidak pula membelinya...
Tidak pula berdoa untuk meminjamnya...
Allah yang memberinya sebelum kita meminta...

Hadirin, hadirat...
Sedemikian luasnya nikmat Ilahi...
Dan kasih sayangnya melebihi semua kasih sayang...
Melebihi kasih sayang ibunda kita kepada kita...
Melebihi kasih sayang kekasih kita kepada kita...

Hadirin, hadirat...
Jangan tahan lidahmu menyebut nama Allah...
Jangan berat menyebut nama Allah...
Dosa apa yang membuatkan lidah kita berat menyebut nama Allah...
Kami berlindung kepadaMu dari pedihnya siksa kubur...
Kami berlindung kepadaMu dari pedihnya siksa neraka...
Pastikan kami selamat dari ini semua...

~ucapan Al-Habib Munzir Al-Musawa~

Saturday, January 15, 2011

SIAPAKAH MEREKA YANG DAGANG??


Hadith nabi yang dikeluarkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah saw telah bersabda:

“Sesungguhnya Islam bermula dalam keadaan dagang atau asing, ia akan kembali menjadi dagang seperti mula dahulu. Maka berungtunglah orang yang menjadi dagang”.

Justeru siapakah orang yang dagang?..Mereka adalah orang yang berbeza dengan manusia lain. Mereka adalah orang yag berpegang teguh dengan manhaj Islam yang sebenar ketika ramai manusia yang mengabaikannya. Mereka adalah orang yang mempertahankan sunnah ketika manusia mengengkarinya. Mereka adalah orang yang memahami hakikat Islam dan kesederhanaan dakwahnya ketika manusia jahil tentangnya. Mereka adalah orang yang beristiqamah di atas jalan ketika manusia menyimpang darinya.

Ketika Rasulullah ditanya: “Siapakah orang yang dagang? Nabi menjawab? Orang-orang yang melakukan kerja pembaikan apabila manusia telah rosak”.

Di dalam riwayat lain nabi bersabda:

“Orang-orang yang melakukan kerja membaiki apa yang telah dirosakkan manusia selepas ku seperti merosakkan sunnahku”.

Di dalam satu riwayat:

“Manusia yang solih sedikit berbanding manusia yang majoritinya buruk. Orang yang melakukan maksiat lebih ramai daripada orang taat”.

Saya ingin menambah wahai saudaraku.. sesungguhnya keadaan dagang adalah sifat para nabi dan sunnah para rasul. Adakah anda pernah mendengar firman Allah swt:

“Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah”. (An-Nahl: 120)

Ertinya hanya baginda seorang sahaja yang muslim sedangkan semua yang ada di muka bumi masih kafir. Menurut Ibn Abbas r.a: Supaya orang yang membawa kebenaran tidak berasa janggal ketika merasa diri mereka berseorangan, maka umat menjadikannya sebagai contoh teladan. Firman Allah:

“Maka tidak lain jawaban kaumnya melainkan mengatakan: "Usirlah Luth beserta keluarganya dari negerimu; Karena Sesungguhnya mereka itu orang-orang yang (menda'wakan dirinya) bersih”. (An-Naml: 56)

“Pemuka-pemuka dan kaum Syu'aib yang menyombongkan dan berkata: "Sesungguhnya kami akan mengusir kamu Hai Syu'aib dan orang-orang yang beriman bersamamu dari kota kami, atau kamu kembali kepada agama kami". Berkata Syu'aib: "Dan apakah (kamu akan mengusir kami), kendatipun kami tidak menyukainya?" (Al-A’raf: 88)

Dan nabi Muhammad saw juga berkeadaan dagang semasa berada di Mekah. Orang-orang kafir berkata seperti yang diungkapkan dalam firman Allah:

“Mengapa ia menjadikan tuhan-tuhan itu Tuhan yang satu saja? Sesungguhnya Ini benar-benar suatu hal yang sangat mengherankan.”. (Shad: 5)

Lalu baginda telah berhijrah ke Madinah bersama para sahabatnya. Tentu anda dapat menyelami makna dagang semasa perjalanan hijrah ini, Ketika itu kaumnya merancang untuk menangkap dan membunuhnya. Firman Allah swt:

“Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan tipu daya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya”. (Al-Anfal: 30)

Di dalam al-Quran banyak ayat yang membicarakan tentang keadaan orang-orang beriman yang sedikit. Mereka pada hakikatnya adalah dalam keadaan dagang. Firman Allah swt:

“kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh; dan amat sedikitlah mereka ini". (Shad: 24)

“dan tidak beriman bersama dengan Nuh itu kecuali sedikit”. (Hud: 40)

“Dan sebahagian besar manusia tidak akan beriman - walaupun kamu sangat menginginkannya”. (Yusof: 103)

“tapi kebanyakan manusia tidak menyukai kecuali mengingkari (Nya).”. (Al-Isra’: 89)

“dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang berterima kasih”. (Saba’: 13)

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah”. (Al-An’am: 116)

“Dan sebahagian besar dari mereka tidak beriman kepada Allah, melainkan dalam keadaan mempersekutukan Allah (dengan sembahan-sembahan lain).”(Yusof: 106)

Saudaraku di jalan Allah..janganlah kalian berdukacita kerana keadaan mu yang dagang semasa bersama kaummu. Ini adalah sunnah Allah kepada para penggerak perubahan. Justeru percayalah bahwa kalian berada di atas jalan para nabi dan rasul.

Salah faham dan jawapan

Mereka mendakwa bahawa selagi keadaan dagang itu berlaku pada zaman yang telah lenyap nilai-ilai murni, maka beruzlah (memisahkan diri) menjadi wajib dan dituntut.

Perkara yang sebenarnya bukan begitu, kerana menyeru manusia kepada kebaikan ialah salah satu jalan untuk menghilangkan keadaan yang dagang atau asing. Ini kerana menambah bilangan orang yang bertakwa dan berpegang teguh dengan agama akan membuatkan pendokong kebatilan akan menjadi dagang atau asing pula di tengah-tengah pendokong kebenaran. Inilah yang sepatutkan dilakukan oleh setiap muslim yang faham.

Dengarlah kepada sabda nabi saw:

“Orang yang mendekati manusia dan menanggung kesabaran di atas penyiksaan mereka lebih baik dari orang yang tidak mendekati manusia dan tidak sanggup menanggung kesabaran di atas penyiksaan mereka”. (Tirmizi)

Jenis dagang

1. Dagang di muka bumi
Ini ialah dagang tubuh badan yang merupakan dagang secara fizikal seperti kita merantau ke suatu tempat yang asing. Ia tidak termasuk dalam topic yang kita bincangkan.

2. Dagang kerana agama.
Inilah perbincangan kita hari ini. Apa yang saya maksudkan wahai saudaraku yang dikasihi ialah sebuah hadith nabi saw yang dikeluarkan oleh Imam Bukhari daripada Ibn Umar r.a:

“Rasulullah telah memegang dua belah bahuku sambil bersabda: “Jadilah kamu di dunia ini seolah-olah kamu seorang dagang (asing) atau sebagai seorang yang melalui satu jalan”. Lalu Ibn Umar berkata: “Apabila kamu berada di waktu petang, janganlah kamu menunggu waktu pagi. Dan jika kamu berada di waktu pagi, janganlah kamu menunggu waktu petang. Manfaatkanlah kesihatanmu sebelum sakitmu dan hidupmu sebelum datang kematianmu”.

Inilah keadaan dagang dari segi akhlak pada ketika para penggerak perubahan dihina dan penggerak kerosakan dimuliakan.

Inilah keadaan dagang bagi pendokong Islam yang berada di tengah-tengah pendokong agama lain.

Inilah keadaan dagang bagi kita sebagai pendokong dakwah yang sederhana yang berada di tengah-tengah masyarakat Islam.

Inilah keadaan dagang bagi pendokong sunnah yang berpegang teguh dengannya di tengah-tengah pendokong bidaah dan kesesatan .

Inilah keadaan dagang dari segi akhlak. Bukankah kalian pernah mendengar sabda nabi saw:

“Akan tiba suatu zaman ke atas manusia yang penuh penipuan. Di mana ia membenarkan orang yang dusta, mengatakan dusta kepada orang yang benar. Mengatakan amanah kepada orang yang khianat dan mengatakan khianat kepada orang yang amanah”. (Ahmad dan Hakim)

Bukankah kalian pernah mendengar sabda nabi saw:

“Akan tiba suatu masa di mana manusia saling berjanji setia kerana hampir-hampir tiada seorangpun yang menunaikan amanah sehingga ada yang berkata: Di dalam keluarga si fulan ada lelaki yang amanah”. (Muttafaq Alaih)

Saya ingin menambah satu hadith:

“Kiamat tidak akan berlaku sehingga mereka saling terpegun semasa mereka berada di jalanan kerana melihat sesuatu sama seperti mereka terpegung kepada seekor keldai (yang cantik)”. (Tabrani)

Inilah suasana dagang ketika permulaan Islam dan akan berakhir dengan dagang pada akhir zaman nanti selepas muncul Isa al-Masih, dan fitnah Dajjal, selepas keluar Ya’juj dan Ma’juj dan Allah utuskan angin yang meragut semua nyawa orang mukmin sehingga tiada lagi muslim yang tinggal.

Walaubagaimanapun saya ingin sampaikan berita gembira wahai saudaraku yang dikasihi, tidak akan berlaku keadaan dagang bagi Islam di muka bumi seluruhnya sebelum muncul tanda-tanda Kiamat yang besar berdasarkan firman Allah:

“Dia-lah yang mengutus rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar dia memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang musyrik membenci”. (As-Shoff: 9)

Rasulullah saw telah bersabda:

“Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya.Mereka tetap dalam keadaan demikian.” (Ahmad)

Kesudahan orang yang dagang

Kemungkinan kalian telah mengetahui wahai saudaraku yang dikasihi dan sebagai seorang dagang bahawa Allah telah menyampaikan berita gembira melalui lisan nabiNya Muhammad saw:

“Maka beruntunglah (berbahagialah) orang yang dagang”.

Firman Allah juga:

“Orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik.”. (Ar-Ra’du: 29)

Begitu juga sabda nabi saw:

“Berbahagialah kerana besarnya pohon di syurga menyamai berjalan selama seratus tahun dan pakaian ahli syurga keluar dari lengannya”. (Abu Daud dan Tirmizi)

Apakah jalan untuk memperolehi keuntungan itu?

1. Berasa mulialah dengan keadaan dagangmu kerana ia suatu yang terpuji. Benar ianya terpuji kerana menyamai dagangnya perjuangan para nabi dan rasul.

2. Menyanggahi kefahaman yang silap bahawa selagi berada di zaman yang dagang maka lebih baik memisahkan diri dari kerosakan. Tidak benar, kerana Islam telah bermula dalam keadaan dagang atau asing, kemudian masih dagang, kemudian kembali dagang sekali lagi dan masih dagang untuk kali kedua seperti yang pertama.

3. Mencapai kesempurnaan iman dan mengikat hati dengan Allah kerana ianya merupakan akidah dan kefahaman yang benar dan sejahtera.

4. Dirikan Negara Islam pertama-tama di dalam hatimu dan laksanakan syariat Islam di dalam keluargamu. Memerintahkan orang lain melaksanakannya adalah perkara kedua. Oleh yang demikian kalian tidak akan merasa janggal menjadi dagang dalam keadaan sekarang. Bukankah Allah telah berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan rasul-Nya dan kepada Kitab yang Allah turunkan kepada rasul-Nya”. (An-Nisa’: 136)

5. Bekerjalah bersama saudaramu di jalan Allah..kerana bersama mereka dan dengan mereka akan menghilangkan rasa dagang atau asing. Saya bersaksi dengan keagungan Allah bahawa semasa saya bersama saudara-saudara saya di jalan Allah maka saya merasa tenang dan lapang dada..Mereka berada di atas jalan yang sama denganmu..sama dengan kefahamanmu..sama di atas manhajmu. Kepada Allah Ibn Qayyim al-Jawziyyah berserah sambil berkata:“Apabila kami merasa sempir dada, bersangka buruk serta dunia menjadi gelap, maka kami segera mendapatkannya (iaitu gurunya Syaikhul Islam Ahmad bin Taimiyah). Tidaklah kami melihatnya, duduk bersamanya dan mendengar nasihatnya melainkan kesempitan kami menjadi lapang dan kedukaan kami menjadi kegembiraan!!” Saya telah merasai makna perkataan-perkataan ini bersama saudara-saudaraku di jalan Allah kerana bersama mereka dan dengan mereka keadaan dagang menjadi lenyap.

Kesudahan bagi kita ialah pujian hanya bagi Allah. Selawat dan salam ke atas Rasulullah, keluarganya dan sahabatnya.

Saturday, January 8, 2011

our 1st community service

ASSALAMUALAIKUM...

aisyah humaira penghibur duka...comel sungguh... :)

antara aktiviti yg dijalankan

your smile,we care...

bersama warga Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah

seronok!

COMMITTEE MEMBERS OF COMMUNITY SERVICE

Patron:

Prof. Dato’ Dr. Wan Mohamad Nasir Wan Othman

Adviser:

En. Mohd Azli b. Mohd Nizah

Pn. Hjh. Badariah bt. Hj. Hassan

Director:

Nurul A’mirah bt. Ahmad Lotfi

Vice Director 1:

Siti Amirah bt. Ahmad Shukri

Vice Director 2:

Mohamad Shahid b. Izani

Secretary:

Ain Nabilah bt. Jamaludin

Vice Secretary:

Nor Farizan bt. Mohd Kamil

Treasurer:

Siti Fakhriah bt. Ya’akob

Committee Members:

1) Activities: Ainul Husna, Nur Amirah, Nurhamizah

2) Tools and Equipment: Muhammad Redzuan, Siti Maisara, Anis Shafirah

3) Foods and Beverage: Noor Faradzela, Siti Syazni, Safwah Adyani

4) Multimedia: Nur Fazireen, Fitriah Adibah, Nur Fatien

5) Gift: Engku Nor Nadia, Nurul Asyikin

6) Protocol: Adibah Hanim, Ruqayyah Syaheedah

7) Publicity: Rufaidah, Asmaa'

8) Transportation & Communication: Maryam Jameelah, Ahmad Akmal

9) Technical: Muslim Nur Hakim, Siti Syafiqa

10) Charity & Cleanliness: Nuraqilah, Noorlaila

Alhamdulillah..setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi kerana melancarkan dan memudahkan program khidmat masyarakat kita di Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah Subang Jaya,8/1/2011...

Banyak dugaan yg kita tempuhi bersama sebelum program ini...banyak masalah,nasihat dan sokongan,tak kurang juga kutukan dan kritikan yg mmpu melemahkan semangat...

Namun,saya pasti kita semua telah melakukan perancangan dan persediaan terbaik beberapa hari sebelum program tersebut...saya percaya semua orang telah bertungkus lumus bekerjasama untuk menjayakan program ini...

Jutaan terima kasih pada semua warga el-quatro....mana-mana kelemahan pada kali ini,perbaikilah untuk program akan datang...

Sesungguhnya,lawatan ke RACTAR memberi kita semua kenangan manis dan telah membuat kita menyedari betapa bertuahnya diri kita yg punya keluarga dan kemewahan berbanding mereka yg kurang bernasib baik...
Hargailah apa yg kita miliki...

Sebak hati ini bila mendengar kata-kata mereka ketika kita semua mahu bertolak pulang...
"bas da sampai,akak nak balik da ke? sedihnya"
"nanti akak2 datang sini lagi tak?"
"akak,nak ikut kkk2 balik boleh x?"

Banyak perkara yang berlaku pd hari ini,ambillah pengajaran...dengar-dengar ada warga el-quatro yang menitiskan air mata ketika program tadi..kenapakah? bawak2 bersabar ye...huu..takpe,kita kan kecik lg,tak cukup pengalaman lg,mmg la ada buat salah,n hati pon cepat je terguris...hmm.. saya pon sama...

Mungkin kita dah boleh mula melantik ahli jawatan kuasa baru utk program seterusnya...dan kali ini,kita buktikan yg kita boleh buat lg baik dr hari ini...taw!

dan jutaan terima kasih kepada Dr. Azlan dan Dr. Azrina yg byk bg moral support, Mama yg beri tunjuk ajar dr mula sampai habis,senior2 k.nusaibah,k.husna,k.ainil,k.hana,k.najwa yg benar2 membantu kami membuat dental check-up pd hari ini..jasa kalian di kenang...TERIMA KASIH...=)
juga kepada si kecil comel Aisyah Humaira,anak Dr. Azlan & Dr. Azrina yg byk menghiburkan hati kami...

dan warga RACTAR sekalian yg memberi kerjasama dan kenangan manis kpd kami...

"mini quantity,mighty quality"

p/s:skema post kali ni..hehe

Thursday, January 6, 2011

gambar kita da siap..cun taw..hehehe~





ni la gmba kte...hehe..
sory la bkn pro yg wat so,bese la kalau2 ade kecacatan kt mne2 ye...
hehe..

alhamdulillah settle...

gud luck community service!!


PERKENALKAN

Create your own banner at mybannermaker.com!

I made this widget at MyFlashFetish.com.